fbpx
Now Reading
“TikToker & Youtuber Bukan Satu Pekerjaan”, Dr Malar Tergamam Lihat Respon Cita-Cita Pelajar

“TikToker & Youtuber Bukan Satu Pekerjaan”, Dr Malar Tergamam Lihat Respon Cita-Cita Pelajar

Menurut Dr Malar, TikToker dan Youtuber bukanlah satu pekerjaan yang boleh memberi kestabilan terutama dari segi pendapatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial seperti Facebook dan TikTok nyata memberi pengaruh yang amat besar dalam kehidupan seseorang. Namun, ia bergantung kepada penerimaan individu itu sendiri.

Jika dilihat dari segi positif, maka ia akan memberi kesan yang positif juga dalam kehidupan seharian dan begitulah sebaliknya.

Tidak hanya mempengaruhi golongan dewasa, media sosial juga turut memberi impak kepada golongan remaja dan kanak-kanak.

Tanya Cita-Cita Pelajar

Kesan media sosial terhadap golongan remaja dan kanak-kanak ini antaranya dapat dibuktikan melalui perkongsian oleh pengamal perubatan terkenal, Dr Malar Santhi Santherasegapan atau lebih dikenali sebagai Dr Malar.

Menerusi hantaran terbaharu di Facebook Celoteh Dr Malar, beliau berkongsikan pengalaman bersama pelajar ketika membuat program ceramah kesihatan di salah sebuah sekolah yang terletak di Ampang.

Menurut Dr Malar, dia terkejut dengan respon yang diterima daripada pelajar sekolah tersebut apabila ditanyakan mengenai cita-cita mereka.

“Hari ini saya memberi ceramah kesihatan di sebuah sekolah di Ampang. Maka di kesempatan itu, saya bertanya adik-adik tingkatan tiga itu semua.

“’Siapa nak jadi doktor?’ Adalah dalam lima hingga enam orang angkat tangan. ‘Siapa nak jadi Jurutera?’ dalam dua hingga tiga orang angkat tangan. ‘Siapa nak jadik cikgu?’ Dalam 4-5 orang angkat tangan,” tulisnya menerusi hantaran itu

Hairan dengan respon yang dilihat tidaksepadan dengan bilangan peserta seramai 200 orang, beliau sekali lagi mengajukan soalan tentang cita-cita mereka yang lain.

“Masing-masing menjeritkan sesuatu dan saya tak berapa dengar apa yang mereka sebutkan tapi saya macam dapat tangkap beberapa perkataan,” tulisnya lagi.

Ramai Memilih Jadi TikToker & Youtuber

Beliau kemudiannya bertanyakan soalan yang nyata mengejutkan semua pihak.

“’Siapa nak jadik TikToker?’ suku dewan tu angkat tangan, terutamanya perempuan yang duduk di belakang.

“’Siapa nak jadik Youtuber?’ lagi suku dewan angkat tangan, kali ni lelaki majoriti,” tulisnya lagi.

TikToker & Youtuber Bukan Satu Pekerjaan, Tidak Jamin Kestabilan

Terkejut dengan respon yang diterima, beliau terus mengingat dan menasihatkan pelajar sekolah itu bahawa TikToker dan Youtuber bukanlah satu pekerjaan.

“Menjadi Tiktoker bukannya satu pekerjaan! Yang meniaga di TikTok tu adalah usahawan macam Khairulaming, itu bukan TikTokers namanya, mereka adalah businessman.

““Yang meniaga, boleh gunakan platform seperti TikTok dan juga Facebook untuk menjana jualan. Yang bekerja, boleh gunakan platform sebegini untuk side income,” katanya di hantaran tersebut.

Tambah beliau lagi, TikToker dan Youtuber bukanlah satu pekerjaan yang stabil yang boleh memberi kestabilan terutama dari segi pendapatan.

“Sekejap pendapatan tinggi, sekejap langsung takde pendapatan berbulan-bulan. Tak cukup dengan itu, realiti sebenar kehidupan pempengaruh (influencers) adalah kehidupan terkapai-kapai sebab banyak pihak akan mintak review percuma, pergi pertunjukan fesyen percuma, jadi model percuma, buat kandungan percuma dan macam-macam lagi,” ujarnya.

Saran Murid Cari Ilmu Demi Masa Hadapan

Dr Mala yang merupakan penerima Anugerah Pekerja Contoh 2023 semasa sambutan Hari Pekerja yang lalu turut menasihatkan pelajar agar mencari ilmu kerana bagi beliau ilmu dapat membantu individu itu pada masa hadapan.

“Kejar dan timba ilmu sebanyak mungkin. Dapatkan pekerjaan yang memberi pendapatan stabil. Kumpul duit banyak banyak.

“Semoga anak anak muda di Malaysia menjadi generasi bijak, berilmu dan berdaya saing!” tulisnya menerusi hantaran tersebut.

TikTokers BUKAN satu pekerjaan !! Yes itu pendirian saya…. Saya minta maaf kalau ada ibu bapa yang tak setuju…..

Posted by Celoteh Dr Malar on Thursday, 14 September 2023

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh beliau di Facebook itu.

Terbaik Dr Malar!

Memang Tepat Sekali, Apapun Mesti Ada Ilmu Dalam Bidang Kita

Kami Pun Selalu Cerita Dengan Anak, Nak Jadi Youtuber, Boleh Sebagai Side Income

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.