fbpx

Sumandak Selamba Tarik Lagu ‘Pengemis Cinta’, Suara Sebijik Macam Ella Buat Ramai Kagum [Video]

Suara wanita Sabah itu yang begitu sama persis dengan Ella menyebabkan ada segelintir netizen tidak percaya bahawa itu adalah suara sebenarnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap manusia pasti mempunyai kemahiran yang tersendiri, namun antara bakat yang paling diinginkan ramai pastinya kemerduan suara dalam menyanyikan lagu.

Ini kerana, hobi menyanyi adalah antara hobi yang paling digemari ramai meskipun segelintir orang tidak dianugerahkan suara yang begitu merdu.

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang wanita yang memiliki suara yang begitu merdu sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ijaaizati37, kelihatan wanita yang berasal daripada Sabah itu sedang menyanyikan lagu ‘Pengemis Cinta’.

Ton suara sama seperti Ratu Rock Malaysia, Ella

Apa yang menariknya,keserakkan dan ton suara wanita itu sama seperti penyanyi sebenar lagu tersebut iaitu Ratu Rock Malaysia, Ella.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan wanita terbabit begitu santai menyanyikan lagu lagenda itu di sebuah kawasan terbuka di Kudat.

Netizen tak percaya, suara terlalu sama mcm Ella

Suara wanita itu yang begitu sama persis dengan Ella menyebabkan ada segelintir netizen tidak percaya bahawa itu adalah suara sebenarnya.

Susulan itu, wanita terbabit memuat naik satu lagi video nyanyiannya di tempat yang sama bagi membuktikan bahawa suara tersebut adalah miliknya.

Suka nyanyi lagu-lagu Ella

Jengahan kami ke laman TikTok miliknya mendapati wanita berkenaan sememangnya gemar menyanyikan lagu-lagu nyanyian Ella.

Memindai ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial berasa kagum mendengar kemerduan suara wanita berkenaan selain tidak menyangka begitu sama seperti Ratu Rock Malaysia.

Malah ramai yang bersetuju kebanyakan orang daripada Sabah dan Sarawak dikurniakan suara yang sedap.

“Tarik lagu pun senyum, itu part paling mantap”

“Pengsan lah saya dengar, sedap gile gile gile”

“Ya Allah, ini salah satu cover Ella paling terbaik”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.