fbpx
Now Reading
“Saya Terhutang Budi Pada Pemuda Baju Merah” – Kereta Dipanjat Warga Asing, Wanita Kongsi Apa Yang Terjadi [Video]

“Saya Terhutang Budi Pada Pemuda Baju Merah” – Kereta Dipanjat Warga Asing, Wanita Kongsi Apa Yang Terjadi [Video]

Tambah Tazliana, sejak video tersebut tular, ada pihak yang memberitahunya bahawa pemuda baik hati yang membantunya itu bekerja di sebuah stesen minyak di kawasan berhampiran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemandu wanita yang berdepan detik cemas apabila bonet keretanya dinaiki seorang lelaki warga asing di Bulatan Kampung Pandan pada Isnin (17 Julai) meluahkan rasa syukur selepas dibantu seorang pemuda yang prihatin.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam sekitar 6.45 petang itu, Tazliana Musa menyifatkan dia tidak tahu apa yang akan berlaku jika pemuda berkenaan tidak membantunya.

“Saya sangat terhutang budi pada lelaki berkenaan yang sudi membantu dalam kejadian menakutkan itu dan tanpa dia saya tak tahu apa akan berlaku.

“Saya memang cemas, panik dan takut dengan kejadian itu sebelum seorang lelaki India menunggang basikal dan memakai baju T-Shirt berwarna merah berusia dalam lingkungan 20-an sudi membantu saya.

“Lelaki itu menarik lelaki warga asing berkenaan turun dari bonet kereta saya dan bawanya ke tepi. Dia beri laluan dan suruh saya jalan,” luah Tazliana.

Warga asing pada mulanya duduk di tepi jalan sebelum lari ke arahnya

Mengulas mengenai insiden yang tular di media sosial itu, Tazliana berkata dia pada mulanya menyedari warga asing berkenaan sedang duduk di tepi jalan. Bahkan laluan keretanya tidak mengganggu individu itu.

Namun sewaktu dia sedang memperlahankan kenderaannya, warga asing berkenaan secara tiba-tiba meluru ke arah keretanya.

“Saya perlahankan kereta di bulatan dan entah macam mana tiba-tiba lelaki itu berlari ke kereta menyuruh saya berhenti sebelum naik bonet dan cakap ‘you hit me’ (awak langgar saya) berulang kali serta memerhati bahagian dalam kereta saya.

“Lelaki itu ketawa, bercakap sendiri seperti tidak waras atau mungkin mabuk. Saya tak pasti kalau itu taktik untuk ambil kesempatan, gangguan seksual atau samun kerana saya memandu seorang diri saja ketika itu.

“Saya yang ketakutan dan panik terus ambil telefon rakam dia serta menjerit dengan harapan kereta di sebelah dapat membantu,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Dakwa tiada yang datang membantu

Tambah wanita itu lagi, sewaktu insiden tersebut berlaku jalan berkenaan sedang dilalui banyak kenderaan.

Namun malangnya tiada sesiapa yang bertindak untuk berhenti membantu sebelum pemuda berkenaan datang menghulurkan bantuan kepadanya.

Malah cermin keretanya juga tidak gelap sekaligus membolehkan orang ramai melihatnya sedang meminta bantuan.

Dapat info pemuda baik hati mungkin kerja di sebuah stesen minyak berhampiran

Tambah Tazliana, sejak video tersebut tular, ada pihak yang memberitahunya bahawa lelaki yang membantu itu bekerja di sebuah stesen minyak berhampiran.

Dia dalam masa sama turut berharap dapat bertemu lelaki berkenaan untuk menzahirkan rasa terima kasih kepadanya.

“Saya sangat menghargai bantuan lelaki itu kerana dalam ramai-ramai dia yang sudi membantu dan saya juga masih menunggu ibu bapa datang untuk kami ke sana mencarinya kerana saya masih trauma nak ke sana seorang diri.

“Saya (pada waktu itu) yang masih takut terus memandu keluar dari bulatan itu tanpa sempat mengucapkan terima kasih kepadanya.”

Difahamkan dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara pada hari sama.

Terdahulu Tazliana memuat naik video berkenaan di akaun Instagram miliknya sebelum ia tular dan sohor di semua platform media sosial.

Dia di dalam video itu turut memohon orang ramai untuk membantunya mengesan pemuda baik hati itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.