fbpx
Now Reading
“Dia Terima Kekurangan Saya” – Wanita Tular Jalani Kehidupan Tanpa Dua Tangan Akhiri Zaman Bujang [Video]

“Dia Terima Kekurangan Saya” – Wanita Tular Jalani Kehidupan Tanpa Dua Tangan Akhiri Zaman Bujang [Video]

Norfarrah Syahirah bersyukur kerana bertemu jodoh dengan lelaki yang cukup sifat, memahaminya dan menerima kekurangan dirinya setelah setahun mereka saling berkenalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita yang juga TikTokers dikenali sebagai Norfarrah Syahirah sering tular di media sosial susulan kecekalannya dalam menjalani kehidupan seharian meskipun tidak mempunyai kedua-dua tangan.

Kebanyakan pengguna media sosial berasa kagum melihat Norfarrah yang pernah viral memandu kenderaan dengan hanya menggunakan kaki.

Bukan itu sahaja, kisah wanita ini yang mampu menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) dengan menggunakan kaki semasa pandemik Covid-19 melanda negara juga pernah mendapat perhatian ramai.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Respect! Wanita OKU Jahit PPE Guna Kaki Untuk Frontliners Dapat Pujian Netizen

Wanita tular tanpa kedua tangan akhiri zaman bujang

Terkini, Norfarrah akhirnya menamatkan zaman bujang apabila telah melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan hati kelmarin (24 Julai).

Wanita hebat berusia 35 tahun itu dan pasangannya, Zulfadli Syahrul, 33, melangsungkan pernikahan di Masjid Al-Maaruf Parit 5, Sungai Sumun, Hutang Melintang, Bagan Datuk.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @zirashaari, kelihatan Zulfadli memakaikan rantai emas kepada Norfarrah sebelum mencium dahi dan pipi isterinya.

@zirashaari

alhamdulillah..tahniah adikku syg @Farrah Syahirah ❤ #wedding #fyp @epoi4752

♬ Hingga Tua Bersama – Rizky Febian

Norfarrah bersyukur temui jodoh terima kekurangannya

Sementara itu, Norfarrah bersyukur kerana bertemu jodoh dengan lelaki yang cukup sifat, memahaminya dan menerima kekurangan dirinya setelah setahun mereka saling berkenalan.

“Kekurangan anggota fizikal sejak lahir, pada awalnya saya tidak yakin dia boleh menerima kekurangan diri saya.

“Namun dia tetap meneruskan niatnya untuk berkawan dan hampir setahun kami berkawan, dia datang ke rumah membawa rombongan untuk bertunang tahun lepas.

“Saya sangat terharu dan sebak apabila dia menerima kekurangan saya,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Mula berkenalan sejak setahun lalu

Dalam pada itu, suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur berkata perkenalan di antara mereka berdua bermula sejak setahun lalu menerusi media sosial.

Kata Zulfadli, pada awalnya dia cuba menghantar mesej kepada isterinya melalui Facebook dan Instagram tapi tidak berbalas.

Balas chat ketika menjelang Hari Raya Aidiladha, berkenalan & bertunang

Bagaimanapun, ketika menjelang Hari Raya Aidiladha tahun lalu Norfarrah membalas mesej dan semenjak itu mereka saling berkenalan sebelum melangsungkan pertunangan.

“Saya tidak pernah memikirkan kekurangan dirinya, sebagai manusia biasa kita juga ada kekurangan dan bagi saya semua orang dalam dunia ini sama.”

Suami Norfarrah Syahirah, Zulfadli Syahrul

Majlis perkahwinan kedua-dua mempelai itu diadakan di Dewan Dato Mohamed Jamrah, Parit 7 Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak pada hari yang sama selepas pernikahan.

Dalam satu lagi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @pojie_z, kelihatan suasana meriah pada majlis persandingan pasangan pengantin itu dengan dihadiri ahli keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan dan tetamu undangan.

Video TikTok, sekitar majlis persandingan

@pojie_z

Di sebalik tabir handle tiktok 😅 . Selamat pengantin baru @Farrah Syahirah 😃 congrattsss

♬ Lemak Manis – زم هوسقۏرنا🇲🇾
@zirashaari

antara moments yang sempat dirakam dilensa kamera… kami pengapit pasangan ni cuba lakukan yang terbaik agar setiap pergerakan pasangan pengantin secantik dan seindah bak pasangan raja sehari..❤❤ selamat pengantin baru @Farrah Syahirah @ZuL 🥰🥰 terima yang hadir dan mendoakan kebahagiaan pasangan ini.. #weddingviral #fyp

♬ Sedetik Lebih – Anuar Zain

Kami di BuzzKini juga ingin mengucapkan selamat pegantin baru kepada Norfarrah dan suaminya, semoga hubungan yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.