Doktor Kongsi Perbezaan Normal Anxiety VS Anxiety Disorder [Video]
Menurut Dr Azren ramai yang salah faham apabila ada yang mengatakan mereka mempunyai anxiety disorder namun sebenarnya apa yang dirasakan adalah anxiety yang biasa sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selain fizikal, kesihatan mental merupakan antara perkara yang paling penting.
Ini kerana, mental yang tidak stabil boleh menyebabkan kehidupan seseorang terganggu. Malah ia juga menyebabkan mereka hidup dalam keadaan yang tertekan serta tidak bahagia.
Jika sebelum ini, ramai yang mengaitkan individu yang mempunyai masalah mental dengan ‘gila’ dan ia menjadi satu topik yang taboo untuk dibincangkan di kalangan masyarakat.
Namun seiring masa berjalan serta pendedahan yang diberikan oleh pakar perubatan tidak semua masalah mental adalah gila sebaliknya ia terbahagi kepada beberapa perkara.
Melalui pemahaman itu, ramai yang mula prihatin dengan mereka yang mempunyai masalah mental seperti depression, anxiety disorder, bipolar serta banyak lagi.
Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan dikenali sebagai Dr Azren yang berkhidmat di Jabatan Psikiatrik sebuah hospital telah berkongsi perbezaan di antara normal anxiety dan juga anxiety disorder.
Jelasnya, berdasarkan pengalaman bekerja di Jabatan Psikiatri ramai yang salah faham apabila terdapat segelintir pesakit yang mengatakan mereka mempunyai anxiety disorder namun sebenarnya ia hanyalah anxiety biasa sahaja.
Oleh itu penting untuk anda semua ketahui apakah perbezaan antara normal anxiety dengan anxirety disorder.
Anxiety ialah kebimbangan atau kegelisahan yang dialami oleh seseorang dalam situasi tertentu.
Perkara itu merupakan satu tindak balas yang dipanggil ‘fight and flight’ kepada sesuatu tekanan, ketakutan mahupun cabaran yang ditempuhi oleh seseorang dalam kehidupan harian dan perkara itu merupakan suatu perkara yang normal.
Jom kami kongsikan perbezaan normal anxiety dan anxiety disorder.
#1 Munasabah vs kegelisahan berlebihan
Normal anxiety adalah satu kerasahan yang munasabah contohnya mempunyai sebab tertentu mengapa seseorang itu mengalami perasaan takut atau gelisah.
Sebagai contoh bimbang jika berlaku perkara tidak diingini, namun bagi anxiety disorder kegelisahan yang dialami itu adalah secara berlebihan atau secara tiba-tiba tanpa sebab.
Perkara itu dipanggil sebagai excessive atau out of porpoortion.
#2 Tempoh sekejap vs berlarutan
Bagi mereka yang mengalami normal anxiety perkara itu hanya akan berlaku pada waktu yang sekejap sahaja, contohnya berasa takut kepada kucing namun apabila kucing itu beredar perasaan gelisah atau takut itu sudah tidak lagi membelenggu diri.
Manakala bagi yang mempunyai anxiety disorder perasaan gelisah itu berlaku secara berpanjangan bagi tempoh yang lama atau berlarutan hampir setiap hari, adakalanya hingga membuatkan seseorang berasa tidak tenang.
#3 Boleh dikawal vs tidak boleh dikawal
Perasaan gelisah yang normal boleh dikawal oleh seseorang namun mereka yang mempunyai masalah anxiety disorder ini sukar untuk mengawal apa yang sedang dialaminya.
Contohnya mungkin anda mempunyai sesuatu masalah namun anda boleh mengalihkan tumpuan daripada membiarkan diri untuk asyik memikirkan perkara tersebut.
Berbeza bagi mereka yang mengalami anxiety disorder, tumpuan mereka sukar untuk dikawal mahupun diubah maka masalah yang sedang dihadapi akan sentiasa membelenggu diri sehingga menyebabkan mereka tidak dapat fokus kepada perkara yang ingin dilakukan.
#4 Function intact vs function impaired
Mereka yang mengalami normal anxiety masih boleh melakukan kerja harian seperti biasa dan ia dipanggil function intact.
Namun bagi anxiety disorder mereka akan mengalami kesukaran untuk melakukan kerja di rumah, di tempat kerja kerana mengalami keresahan yang melampau dan ia dikenali sebagai function impared.
#5 Kebimbangan biasa vs melampau
Umum mengetahui kita semua mempunyai rasa bimbang kepada sesuatu perkara contohnya resah apabila menduduki pemeriksaan, rasa takut bercakap hadapan orang ramai dan sebagainya.
Tetapi bagi yang mengalami anxiety disorder mereka mempunyai kebimbangan yang berterusan serta meluas tanpa sebab yang jelas contohnya seperti Generalised Anxiety Disorder (GAD).
Manakala Panic Disorder pula melibatkan serangan kebimbangan secara tiba-tiba yang sangat menakutkan malah ada yang sehingga berpeluh, mengigil serta banyak lagi.
Sekiranya anda mempunyai simptom atau gejala anxiety disorder adalah lebih baik untuk mendapatkan rawatan dengan segera.
Perkara ini perlu agar anda tahu bagaimanakah cara yang betul untuk mengawal masalah tersebut daripada ia berlarutan hingga menyebabkan anda berada dalam kesusahan.