fbpx
Now Reading
Ibu Maryam Durian Kimchi Bawa Pulang Telekung Ke Korea Selatan, Mahu Belajar Solat ‘Slow-Slow’

Ibu Maryam Durian Kimchi Bawa Pulang Telekung Ke Korea Selatan, Mahu Belajar Solat ‘Slow-Slow’

Difahamkan ibunya baru sahaja pulang ke Korea Selatan selepas hampir di minggu berada di Malaysia sejak ketibaannya pada 10 Julai yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (26 Julai), influencer popular yang berasal dari Korea Selatan Maryam You Narae atau lebih dikenali dengan panggilan Maryam Durian Kimchi telah berkongsi pengalaman ibunya menzirarahi Malaysia.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram itu, Maryam turut berkongsi foto aktiviti yang dilakukan mereka sepanjang ibunya berada di Malaysia antaranya melawat tasik di Putrajaya dan pelbagai lagi.

Difahamkan ibunya baru sahaja pulang ke Korea Selatan selepas hampir di minggu berada di Malaysia sejak ketibaannya pada 10 Julai yang lalu.

Yang menariknya, Maryam turut berkongsi sebuah foto memperlihatkan dia dan ibunya yang memakai telekung di sebuah masjid.

Menerusi ruangan kapsyen, Maryam menjelaskan gambar tersebut diambil selepas mereka selesai menunaikan solat Subuh berjemaah di sebuah masjid.

Tambah wanita itu lagi, ibunya juga pulang ke negara asalnya mereka dengan membawab bersama telekung milik Maryam dengan harapan mahu belajar solat secara perlahan-perlahan.

“Hari terakhir. Ibu ikut kami pergi Solat Subuh di masjid. Alhamdulillah dan Insha-Allah. Omma juga bawa balik telekung Maryam untuk perlahan-lahan berlajar mengenai solat di Korea Selatan. Doakan ibu saya.”

Maryam Durian Kimchi

Mengakui sedih dan hiba terpaksa berjauhan semula dengan ibunya Maryam bagaimanapun tekad untuk terus tabah sehinggalah dia dapat berjumpanya wanita kesayangannya itu sekali lagi.

“Sepanjang tiga tahun lepas, saya menetap di negara ini seorang diri tanpa keluarga kandung. Di sini, saya menjalani kehidupan sebagai ibu kepada seorang anak perempuan. Ketika saya menjadi ibu yang memberikan segala-galanya dan mencurahkan kasih sayang kepada anak perempuan saya, ibu datang menziarahi saya.

”Saya juga adalah anak perempuan kepada seorang wanita. Saya menyedari saya juga memerlukan kasih sayang ibu seperti anak perempuan saya memerlukan kasih sayang daripada ibunya. Dapat saya rasakan ikatan hubungan kekeluargaan apabila saya berkongsi perasaan gembira, gelak tawa dan memori bersama ibu.

”Saya tidak menangis sebelum ini apabila berpisah dengannya namun hari ini, saya menangis. Saya rasa saya keseorangan semula namun saya berjanji, saya akan menjadi lebih tabah sehingga dapat bertemu dengannya sekali lagi,” kata Maryam.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen mendoakan agar ibu Maryam terus istiqamah untuk mendekatkan diri dengan yang Maha Esa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.