fbpx
Now Reading
Malaysia Negara Ke-3 Tertinggi Dalam Senarai ‘Mungkin Maut’ Di Jalan Raya

Malaysia Negara Ke-3 Tertinggi Dalam Senarai ‘Mungkin Maut’ Di Jalan Raya

Kajian itu turut menyifatkan bahawa Malaysia merupakan negara Asia yang mempunyai jalan yang bahaya selain berisko tinggi untuk mati di jalan raya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan saban hari ada sahaja kemalangan melibatkan pengguna jalan raya yang dilaporkan oleh media utama dan juga portal tempatan.

Meskipun pelbagai nasihat serta panduan telah diberikan agar pengguna jalan raya mematuhi undang-undang namun ia masih tidak dapat menghalangnya daripada tetap berlaku.

Malah sebahagian daripada kemalangan yang berlaku turut meragut nyawa masyarakat tidak kiralah di dalam bandar mahupun kawasan kampung.

Malaysia jatuh tempat ke-3 mempunyai risiko tinggi untuk mati di jalan raya

Namun siapa sangka terdapat dapatan yang mengatakan Malaysia kini menduduki tempat ke-3 sebagai negara yang mempunyai risiko tinggi untuk mati di atas jalan raya.

Menerusi kajian yang dilakukan oleh perkhidmatan langganan kereta, FINN negara ini mencatatkan rekod sebanyak 22.48 kematian untuk setiap 100,000 penduduk dan ini menjadikan ia sebagai top 3 negara yang mempunyai risiko tinggi untuk mati di jalan raya.

“Di sebalik kedudukan ini, terdapat perbezaan antara Malaysia dan Thailand kerana ia mempunyai sekitar 10 kematian yang lebih sedikit.

“FINN turut menyifatkan Malaysia merupakan negara Asia yang ketiga dalam tiga negara teratas dengan jalan yang berbahaya dan separuh daripada 10 senarai teratas adalah dari benua yang luas.”

Arab Saudi dan Thailand mendahului di tangga dua teratas

Foto: FINN

Walau bagaimanapun tempat pertama bagi senarai ini diduduki oleh negara Arab Saudi di mana ia mempunyai rekod sebanyak 35.94 kematian untuk setiap 100,000 penduduk di negara berkenaan.

Yang menjadikannya sebagai negara paling tertinggi untuk mempunyai risiko berlaku kematian di jalan raya.

Manakala bagi negara ke-2 yang tertinggi adalah Thailand dengan pengiraan sebanyak 32.21 kematian setiap 100,000 penduduk.

Kebanyakan penduduk di Thailand lebih menggunakan motosikal berbanding kereta, dan ia merupakan kenderaan yang biasa di kalangan mereka.

Seperti yang kita ketahui penggunaan motosikal merupakan antara kenderaan yang terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk berlakunya kemalangan dan ia tak termasuk daripada kecuaian yang dilakukan seperti tidak memakai topi keledar dan sebagainya.

Iceland tersenarai dalam negara yang mempunyai risiko rendah mati di jalan raya

Menerusi kajian yang sama, mereka turut menyenaraikan beberapa negara yang mempunyai risiko ‘kurang mati’ di atas jalan raya dan ia diungguli dengan Iceland di tempat pertama dengan rekod sebanyak 2.05 untuk setiap 100,000 penduduk.

Manakala Norway dan Switzerland di tempat ketiga dengan rekod 2.12 dan 2.25 untuk setiap 100,000 penduduk di negara masing-masing.

Foto: FINN

27 negara disenaraikan mempunyai jalan raya yang selamat

Selain itu, FINN turut menyenaraikan sebanyak 27 negara yang mempunyai laluan jalan raya yang paling selamat dan tangga pertama diduduki oleh Netherlands dengan skor 7.88/10.

Kata FINN, jalan raya di negara Belanda itu mempunyai kualiti yang tinggi berbanding dengan negara lain. Malah ia mempunyai peratusan yang tinggi dari segi pemakaian tali pinggang keselamatan serta tahap trafik yang lebih rendah.

Kebanyakan penduduk di negara ini lebih banyak menunggang basikal dan setiap orang mempunyai satu basikal.

Di kedudukan yang kedua adalah Norway manakala Sweden dan Estonia berkongsi tempat ketiga. Bagi senarai ini Malaysia berada di tempat ke-23 dalam senarai jalan paling selamat.

Foto: FINN

Kajian dilakukan FINN tidak seperti keadaan sebenar di Malaysia – media

Namun Malaysia Gazette melaporkan kajian ini tidak seperti yang digambarkan dengan keadaan sebenar.

Ini kerana meskipun ia menggunakan data statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) namun analisa kajian ini tidak memasukkan beberapa negara kerana tidak mempunyai dapatan yang lengkap.

Menerusi statistik dikeluarkan WHO melibatkan 183 negara, Malaysia berada di kedudukan ke-57 berdasarkan kes kemalangan di jalan raya yang mana kedudukan itu jauh di belakang Vietnam, Korea Utara, Sudan serta pelbagai negara Afrika.

Malah pakar pemodelan statistik keselamatan jalan raya, Profesor Madya Dr.Law Teik Hua semasa dihubung China Press turut menyatakan bahawa Malaysia tidak teruk jika dibandingkan dengan negara asal namun isu melibatkan nyawa tidak boleh dipandang enteng.

Beliau yang juga seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia turut menyatakan kemalangan di negara seperti Afrika adalah lebih tinggi.

Ini kerana mereka tidak mempunyai infrastruktur jalan raya yang baik.

“Kes di negara lain memang jauh lebih tinggi, tetapi kita tidak harus melihat dari sudut ini seakan-akan tiada masalah di Malaysia.

“Hakikatnya, jika dibandingkan dengan Singapura dan Filipina pula, keadaan di Malaysia tidaklah sebaik mana pun,” ujarnya.

Selain itu, statistik daripada pihak polis turut menunjukkan secara puratanya dianggarkan setiap hari seramai 16 hingga 18 individu atau seorang mati pada setiap 90 minit dan 60% darinya adalah mereka yang menunggang motosikal.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.