fbpx
Now Reading
Berang Telefon Bimbit Dirampas, Remaja Di China Tergamak Tendang Ibu Sendiri

Berang Telefon Bimbit Dirampas, Remaja Di China Tergamak Tendang Ibu Sendiri

Selepas berang telefon bimbit dirampas, remaja lelaki berkenaan telah bertindak mencekik wanita berkenaan sebelum menyepaknya dan minta peranti itu dipulangkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggunaan telefon pintar kepada remaja dan juga kanak-kanak sememangnya menyeronokkan.

Namun penggunaan yang tidak terkawal boleh mengundang bahaya hingga menyebabkan mereka ketagih dengan peranti berkenaan.

Ketagihan terhadap peranti tersebut juga boleh memberi implikasi negatif dan bertindak agresif.

Remaja sanggup sepak ibu kerana telefon bimbit

Perkara ini samalah seperti kejadian yang berlaku di China apabila seorang remaja lelaki berusia 15 tahun tergamak mengasari ibunya ketika berada di sebuah stesen kereta api selepas wanita itu merampas telefon bimbitnya.

Tindakan remaja lelaki itu kemudian menjadi tular di media sosial malah perbuatan tidak baiknya itu sempat dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di stesen berkenaan pada 18 Julai lalu, lapor South China Morning Post dipetik Star Video.

Cekik dan tolak ibu

Menerusi video berkenaan, remaja terbabit dilihat bersama adik lelakinya sedang berdiri di hadapan sebuah lif bersama bagasi mereka.

Remaja itu secara tiba-tiba telah bertindak mencekik ibunya dan menolak wanita berkenaan ke arah dinding.

“Ibu, ibu, ibu,” kedengaran adik kepada remaja itu berteriak di dalam video tersebut yang cuba untuk melindungi ibunya.

Adik lelakinya itu lalu mendekati mereka dan kemudian memegang tangan remaja terbabit dan cuba untuk menolaknya ke tepi. Ketika kejadian berlaku turut kelihatan si ibu cuba untuk melolaskan dirinya daripada dicekik oleh remaja berkenaan.

Sepak dan tolak ibu sebelum diselamatkan pekerja stesen kereta api

Namun ketika kereta api tiba di kawasan tersebut, remaja itu bertindak menyepak dan menolak wanita berkenaan sebelum berjaya diselamatkan oleh pekerja di situ.

Pekerja itu kemudian meminta remaja berkenaan untuk berhenti memukul ibunya sementara dia mendapatkan pertolongan. Akan tetapi remaja itu tetap berdegil dan menyerang ibunya.

“Berikan telefon bimbit saya semula,” kata remaja itu sambil memegang tangan ibunya.

Foto: Weibo

Ibu bertindak menghempas telefon bimbit milik remaja ke lantai

Ibunya kemudian mengeluarkan telefon berkenaan dan menghempasnya ke lantai sebelum mengambil dan mencampak ke lantai sekali lagi.

Remaja itu kemudian cuba untuk menyepak ibunya semula namun mujur dua pekerja kereta api sampai tepat pada masanya dan memegang tangannya sementara dia cuba untuk menyerang wanita berkenaan. Pergaduhan antara dua beranak itu bagaimanapun berakhir selepas polis datang ke lokasi itu.

Video itu kemudian menjadi sohor di media sosial sehingga mengejutkan masyarakat di China.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.