fbpx
Now Reading
Belum Sebulan Berkahwin Dengan Wanita Berusia 41 Tahun, Ibu Mahu Remaja 16 Tahun Bercerai

Belum Sebulan Berkahwin Dengan Wanita Berusia 41 Tahun, Ibu Mahu Remaja 16 Tahun Bercerai

Ibu remaja tersebut, Lisa menafikan perkahwinan itu kerana harta dimiliki Mariana, malah ia bukan perkahwinan paksa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang berkahwin sudah tentu mengimpikan mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia.

Bukan hanya itu, mereka juga berharap agar perkahwinan yang dibina itu sentiasa mendapat restu ibu bapa dan keluarga tersayang.

Namun berbeza dengan pasangan di Indonesia ini apabila ibu kepada sang suami memintanya untuk menceraikan isteri yang baru dinikahinya tidak sampai sebulan.

Ini kerana, anak lelakinya itu, Kevin baru sahaja berusia 16 tahun manakala isterinya berumur 41 tahun yang juga rakan ibu remaja berkenaan.

Perkahwinan menarik perhatian ramai, ibu minta remaja ceraikan isteri

Perkahwinan pasangan itu turut menarik perhatian pelbagai pihak. Malah si ibu mendesak agar anak itu menceraikan isterinya dengan kadar segera.

Difahamkan pihak kerajaan turut campur tangan dalam hal tersebut apabila remaja lelaki itu diminta untuk mengasingkan tempat tidur walau baru bernikah, lapor Tribunnews.

Pasangan yang bernikah pada 30 Julai lalu di Desa Bekut, Kalimantan Barat itu telah menyebabkan ibu yang dikenali sebagai Lisa dikecam dan juga turut menerima ancaman undang-undang kerana menikahkan anak yang di bawah umur.

Pihak KPAI pandang serius isu remaja kahwin diusia yang awal

Menurut pihak Perwakilan Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) Kalimantan Barat, mereka memandang serius terhadap perkara itu.

“Berhubung perkara ini, kami dari KPAI Kalimantan Barat mendesak agar pihak polis merujuk kepada jenayah.

“Fakta menunjukkan mangsa melakukan persetubuhan terhadap kanak-kanak bukan hanya berlaku pada perempuan tetapi lelaki juga, selain terlibat dalam perkahwinan di usia yang awal,” jelas Hoesnan.

Wakil KPAI juga menegaskan bahawa perkahwinan pasangan itu tidak seharusnya berlaku kerana lelaki berkenaan di bawah umur.

Hoesnan yang menjadi perwakilan KPAI meminta agar pihak polis bertindak terhadap Mariana yang terlibat dengan perkahwinan itu malah mereka mencari bukti untuk mendakwa isteri Kevin itu dengan Akta Perlindungan Kanak-Kanak.

Walaupun perkahwinan itu tidak dipaksa, KPAI tetap memaklumkan ia adalah salah di sisi undang-undang.

Lisa bagaimanapun mengakui dia tidak menyedari bahawa perkahwinan anak bawah umur adalah salah di sisi undang-undang.

Desak anak ceraikan isteri

Dia kemudian mendesak agar Kevin menceraikan isterinya, Mariana untuk mengelakkan daripada berlaku masalah lain.

Ibu kepada remaja berkenaan turut menafikan bahawa dia mengkahwinkan anaknya itu kerana harta Mariana selain tidak sangka ikatan itu boleh memberi masalah besar.

“Daripada kena denda, lebih baik ceraikan anak saya saja. Daripada risau dipersalahkan, dikatakan kita yang memaksa anak saya kahwin.

“Kalau dipanjangkan cerita ini, jalannya bercerai. Saya ada hak juga itu anak saya. Saya lahirkan dia,” kata ibu Kevin.

Dia juga menegaskan keputusan untuk meminta Kevin menceraikan isterinya adalah untuk menghindari tuduhan tidak sepatutnya.

“Daripada saya dipanggil askar upahan apabila saya tahu perkara sebegini. Saya bersumpah dengan tuhan saya tidak akan membenarkan anak saya berkahwin sahaja. Terlalu banyak masalah,” jelasnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.