fbpx
Now Reading
Lelaki Teruja Jumpa Bungkusan Plastik Sampah Penuh Kata-Kata Mutiara [Video]

Lelaki Teruja Jumpa Bungkusan Plastik Sampah Penuh Kata-Kata Mutiara [Video]

Kata-kata mutiara yang tertera pada bungkusan plastik sampah itu membuatkan lelaki terbabit terleka dan mempersoal tujuan asalnya ke pasar raya berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Plastik sampah merupakan antara barangan keperluan yang wajib ada di rumah bagi kegunaan untuk membungkus segala sisa buangan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Kebanyakan orang yang membeli bungkusan plastik sampah di pasar raya mahupun kedai runcit pasti akan hanya membaca saiz dan ketebalan plastik itu sahaja tanpa meneliti keterangan lain yang dipaparkan.

Namun, berbeza pula dengan seorang lelaki ini apabila dia bertindak meneliti setiap ‘tulisan’ dan keterangan yang tertera pada bungkusan plastik sampah yang ingin dibelinya di pasar raya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @burgerrabax, lelaki terbabit menemui kata-kata mutiara yang diletakkan pada setiap bungkusan plastik sampah itu.

Kata-kata seperti nasihat berkaitan produk sudah biasa ditemui

Pada awalnya, kata-kata seperti nasihat pada pek bungkusan itu kedengaran agak biasa dan masuk akal untuk dipamerkan seperti ‘Ekonomi pembelian membawa maksima pulangnya’ dan ‘Saiz cukup sesuai untuk kediaman membersihkan segala bahan buangan’.

Kata-kata sebegitu juga pernah digunakan oleh syarikat lain pada bungkusan produk mereka untuk menarik minat pembeli.

Jenama plastik sampah letak kata-kata mutiara

Namun jenama plastik sampah yang satu ini sememangnya berbeza berbanding jenama lain apabila lelaki berkenaan menemui kata-kata mutiara pada bungkusan yang sememangnya tidak mempunyai kaitan dengan produk yang dijual.

Antara kata-kata mutiara yang tertera pada bungkusan plastik sampah:

“Pemikiran membawa perbuatan seseorang semua keputusan atas pendirian sendiri. Paling penting, hati sendiri dapat dilalui dengan ikhlas dan jujur.”

“Setiap insan menaruh harapan untuk mencari keuntungan yang lebih, paling penting rezeki yang diperolehi cukup bermakna buat seumur hidup kita,”

“Kedudukan seseorang dinilai oleh masyarakat lebih baik daripada penilaian sendiri. Penonjolan diri dan kerjaya lebih penting daripada menghebohkan hal orang lain.”

Begitulah kata-kata mutiara yang menyebabkan lelaki terbabit teruja serta terhibur. Malah dia juga mempersoalkan tujuan asalnya ke pasar raya berkenaan.

“Aku nak beli plastik sampah ke nak baca kata-kata semangat?” soalnya.

Ramai netizen baru tahu tentang perkara itu

Memindai ruangan komen, rata-rata netizen juga terhibur melihat kata-kata mutiara yang tertera pada bungkusan plastik sampah itu.

Tidak hanya itu, mereka juga mengakui tidak pernah mengetahui tentang perkara itu sebelum ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.