Ramai Terhibur Tengok Amoi Comel Buat Parodi Review Perodua Kancil Macam Kereta Mewah [Video]
Malah di setiap video juga kedengaran wanita itu menyebut perkataan kancil dengan nada yang perlahan seperti melakukan ASMR.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebelakangan ini, trend membuat parodi ‘Awek Bentley’ antara yang menjadi perhatian di media sosial.
Ia merupakan satu video ‘review’ pada sebuah kereta Bentley dengan gaya estetik dan penuh kemewahan.
Seperti baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan seorang gadis influencer berbangsa Cina yang melakukan parodi berkenaan dengan menggunakan kereta Perodua Kancil dipercayai miliknya.
Gadis tiru wanita review Bentley dengan gaya penuh estetik
Video parodi itu begitu menyamai satu video seorang wanita luar negara yang melakukan review pada sebuah kereta mewah jenis Bentley Mulsanne.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @yuniycewy, kelihatan gadis itu meniru setiap gaya yang dilakukan daripada video asal.
Malah di setiap video juga kedengaran gadis itu menyebut perkataan Kancil dengan nada yang perlahan seperti melakukan ASMR.
Lebih mencuit hati ada plot twist pada penghujung video tersebut iaitu sewaktu gadis itu ingin menghidupkan enjin kereta seperti video asal dengan penuh gaya.
Kancil review tak dapat hidupkan enjin, terpaksa jump
Kereta Kancil tersebut tidak dapat dihidupkan dan terpaksa menggunakan ‘jumper’ iaitu mengambil tenaga bateri daripada kereta yang lain.
Video berdurasi 1.03 minit itu ternyata mendapat perhatian ramai apabila meraih jumlah tontonan sebanyak 2.6 juta dan 291,500 tanda suka.
Ramai terhibur tengok gadis review Perodua Kancil macam kereta mewah
Mejengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat aksi gadis tersebut melakukan review seolah-olah kereta mewah.
Malah mereka juga berseloroh dengan mengatakan terpukau melihat kecomelan gadis tersebut hingga tidak menyedari kenderaan yang sedang ‘direview’.
Untuk info, ini bukanlah parodi yang pertama dihasilkan di Malaysia, sebaliknya sekitar minggu lalu turut tular di media sosial video seorang wanita melakukan hal sama dengan menggunakan Perodua Axia.