Dakwaan Arahan Penutupan Sekolah Agama Selangor, Mohd Na’im Sifatkan Ia Tuduhan Tidak Berasas

Baru-baru ini, kecoh di media sosial berhubung dakwaan Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Selangor dan Negeri Sembilan mengenai arahan menutup sekolah agama di Selangor kononnya ia dibuat oleh pimpinan bukan Islam.

Menurut Pengerusi Sekretariat Gabungan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Selangor Datuk Nazilah Idris, dianggarkan kira-kira 200 sekolah agama di Selangor telah menerima surat amaran berhubung arahan penutupan itu.

Beliau mendakwa isu ini terjadi akibat daripada penglibatan seorang menteri dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), lapor Harakah Daily.

Bagi beliau, ia mendatangkan ancaman khususnya kepada bangsa Melayu dan agama Islam.

Isu Sekolah Agama Ditutup Satu Tuduhan Tidak Berasas

Menjawab kepada dakwaan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menyifatkan ia merupakan satu tuduhan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Beliau menolak dakwaan setengah pihak kononnya kerajaan memberi arahan kepada sekolah agama persendirian untuk keluar dari premis masing-masing.

Bagi beliau, ia merupakan tuduhan tidak benar dan hanya berniat untk menimbulkan kegelisahan dalam kalangan umat Islam.

Sekolah Agama Perlu Ikut Garis Panduan, Sudah Beri Kelonggaran Selama Dua Tahun

Menurut beliau, satu Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor telah dibangunkan dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2021.

Garis panduan ini berfungsi bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar dan warga institusi tahfiz persendirian terjaga.

“Ia ekoran kejadian insiden kebakaran sehingga melibatkan kemalangan jiwa di sebuah sekolah agama persendirian di Kuala Lumpur pada tahun 2017.

“Inisiatif ini diambil sebagai langkah supaya tragedi meragut nyawa tidak berulang lagi di mana-mana sekolah agama di negeri Selangor.

“Pada masa sama, penguatkuasaan garis panduan tersebut mendapat kerjasama daripada Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dianggotai 478 institusi Sekolah Agama Persendirian,” kata beliau.

Tambah beliau, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kerajaan negeri telah menetapkan bahawa pihak sekolah perlu mematuhi Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama yang telah dikeluarkan pada tahun 2021.

Malah, mereka turut diberi kelonggaran bagi tempoh dua tahun dan pihak JAIS telah mengeluarkan pendaftaran lanjutan kepada pihak sekolah bagi memberi ruang kepada mereka untuk mendapatkan ulasan daripada pihak berkaitan.

“Semua pihak digesa supaya merujuk isu ini kepada pihak berautoriti supaya fakta dan konteks sesuatu isu itu tepat serta jelas,” ujarnya.

Netizen Kecam Menteri Lambat Beri Respon, Keluar Kenyataan Jam 12.00 Malam

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Agama itu pada jam 12.00 malam bagaimanapun mengundang kritikan netizen yang disifatkan sebagai lambat bertindak.

Malah, ada dikalangan penyokong kerajaan meminta beliau lebih agresif dalam menangkis dakwaan-dakwaan sebegini.

Isu ini turut mendapat perhatian Menteri Besar Selangor, Datuk Amiruddin Shari yang turut menyifatkan bahawa tuduhan itu merupakan satu fitnah yang diulang-ulang dan tidak berasas.

Untuk info, arahan berhubung penutupan dan penghentian operasi sekolah tahfiz swasta di Selangor yang tidak berdaftar dengan JAIS pernah dititahkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada tahun 2019.

Baginda menitahkan sekolah tahfiz yang tidak berdaftar serta tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan akademik moden ditutup dan ditamatkan perkhidmatan ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago