Bagi Isyarat Minta Penganugerah Pandang Arah Kamera, UiTM Beri Peringatan Kepada Graduan [Video]

Buat mahasiswa institusi pendidikan tinggi (IPT), hari konvokesyen merupakan detik yang amat ditunggu-tunggu.

Ia merupakan hari yang meraikan penat lelah dan pengorbanan individu ketika menuntut ilmu setelah tempoh pembelajaran di IPT.

Pada ketika ini, pastinya mahasiswa mahu mengabadikan momen indah itu dengan memastikan semuanya berada dalam keadaan sempurna baik dari segi penampilan atau gaya.

Namun, pada masa kini ada segelintir daripada mereka yang dilihat bertindak melampaui batas hingga sanggup memberi arahan kepada penganugerah untuk memandang kamera semata-mata ingin dapatkan hasil gambar yang cantik.

Arah Penganugerah Pandang Kamera, Graduan Diberi Peringatan

Begitulah yang terjadi semasa Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara Ke-97 apabila terdapat segelintir graduan yang memberi arahan kepada penganugerah untuk memandang kamera.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Tik Tok @uitm_channel, pentadbir akaun itu memuat naik video berserta peringatan khusus buat graduan yang sedang dan akan naik ke pentas bagi mengambil skrol.

“Perhatian, para graduan tidak dibenarkan memberi isyarat kepada penganugerah untuk memandang ke arah kamera semasa menerima ijazah atau diploma.

“Sila jaga adab dan hormati penganugerahan serta istiadat konvokesyen universiti,” tulis pentadbir akaun berkenaan.

Di akhir video itu, kelihatan seorang mahasiswi memberikan isyarat kepada Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah meminta beliau memandang ke arah kamera.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan segelintir graduan yang dilihat tidak menghormati istiadat konvokesyen dan penganugerah yang kebanyakannya terdiri daripada golongan kenamaan.

Namun, ada juga segelintir netizen yang berpendapat sebaliknya dan menyokong tindakan graduan terbabit.

Bagi mereka, ia merupakan momen yang hanya datang sekali seumur hidup dan graduan itu mempunyai hak untuk mengabadikan momen dalam keadaan sempurna.

Lebih 20 Tahun Dulu Saya Konvo Tidak Berani Hendak Buat Bukan-Bukan, Kita Betul Jaga Protokol Majlis

Gambar Yang Betul Adalah Pemberi & Penerima Skrol Kena Bertentang Mata

Benda Simple Je, Hormat Protokol

Dulu Tak Berani Macam-Macam, Kenal Ke Tak Kenal Penganugerah Semua Ikut Protokol

Semua Tak Boleh, Tak Vibe

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Touch N Go Je” – Graduan Terlupa Ambil Skrol Sewaktu Konvokesyen Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Sedang Mencari Calon Menantu”- Aksi Comel Ibu Bapa Ini Masa Konvokesyen Jadi Perhatian Ramai [Video]

Recent Posts

  • Trending

Tular 4 Individu Selamba Tunggang Motosikal Tanpa Helmet Siap Langgar Lampu Merah [Video]

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menunggang secara berbahaya dengan membawa kanak-kanak…

2 hours ago
  • Trending

Peminat Tegur Hasilkan Keychain Guna Muka Anak, MUA Bellaz Mohon Maaf

Jelas MUA Bellaz, keychain tersebut bukanlah dibuat mengikut muka anaknya 100%, namun ia dihasilkan dalam…

2 hours ago
  • Trending

Pemuda Sesat 6 Jam Dalam Hutan Ketika Nak Pulang Ke Rumah Abang Gara-gara Waze

Menurut Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan lemah, terketar-ketar dan menangis selepas…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

19 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

19 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

20 hours ago