fbpx
Now Reading
‘JAKIM Tidak Campuri Urusan Pengeluaran Tauliah Mengajar Agama Islam’

‘JAKIM Tidak Campuri Urusan Pengeluaran Tauliah Mengajar Agama Islam’

Menurut JAKIM, tauliah mengajar adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri berpandukan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang sedia ada.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan bahawa agensi dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwan Agama) ada mencampuri urusan tauliah mengajar agama Islam di negeri-negeri di Malaysia.

Sebaliknya tauliah mengajar agama tertakluk di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama Islam di setiap negeri berpandukan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur sedia ada.

“JAKIM mengambil perhatian terhadap isu tauliah mengajar agama Islam yang hangat diperkatakan di media ketika ini.

“Ingin ditegaskan, bahawa tauliah mengajar adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri berpandukan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang sedia ada.

“Adalah dinafikan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan JAKIM mencampuri urusan tauliah mengajar agama Islam di negeri-negeri seperti yang didakwa.”

JAKIM dalam kenyataan sama turut berkata, semua pihak perlu akur dan menghormati sebarang ketetapan yang sudah diputuskan pihak berkuasa agama Islam di peringkat negeri.

Terdahulu media melaporkan dua pendakwah berdepan pembatalan kuliah dan ceramah mereka antaranya Ustaz Azhar Idrus (UAI) kerana tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama Islam di negeri Selangor.

Selain UAI, Ustaz Wadi turut berdepan perkara sama di Selangor apabila dua ceramah yang sepatutunya berlangsung di Shah Alam dan Tanjung Karang turut dibatalkan.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan punca mengapa ceramahnya dibatalkan.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.