fbpx
Now Reading
Pengusaha Perkhidmatan Juadah Ramadan Dakwa Tempoh Masa Untuk Mohon Sijil Halal Terlalu Suntuk

Pengusaha Perkhidmatan Juadah Ramadan Dakwa Tempoh Masa Untuk Mohon Sijil Halal Terlalu Suntuk

Menurut Presiden MyBHA, pihaknya menyambut baik saranan JAKIM namun terdapat beberapa cabaran seperti proses yang sulit dan panjang hingga menyukarkan pengusaha mendapatkan sijil tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Jumaat (5 Januari) yang lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi satu kenyataan menasihati pengusaha perkhidmatan juadah sempena Ramadan membuat permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Menurut Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff, permohonan itu boleh dibuat menerusi JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

Malah, pihaknya bersedia membantu mana-mana pengusaha hotel, restoran dan pihak terlibat yang mempromosikan juadah berbuka puasa atau bufet Ramadan untuk mendapatkan SPHM.

Walau bagaimanapun, kenyataan ini nyata mengundang reaksi khususnya daripada pihak terlibat.

KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) MENGENAI SARANAN SUPAYA PIHAK YANG AKAN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN…

Posted by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM on Thursday, 4 January 2024

MyBHA Sifatkan Tempoh Terlalu Suntuk Untuk Buat Permohonan

Menurut Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) Dr Sri Ganesh Michiel, tempoh masa bagi membuat SPHM sempena perkhidmatan juadah Ramadan kali ini disifatkan terlalu suntuk.

Menurut beliau, pihaknya menyambut baik saranan JAKIM namun terdapat beberapa cabaran seperti proses yang sulit dan panjang hingga menyukarkan pengusaha mendapatkan sijil tersebut.

“Ramadan akan disambut pada Mac, jadi agak mustahil untuk dapatkan sijil berkenaan dalam tempoh dua bulan melainkan JAKIM mempermudahkan urusan tersebut.

“Jika ia melibatkan semua pengusaha atau penyedia bufet Ramadan, persoalannya adakah JAKIM mempunyai cukup kakitangan untuk proses dalam masa singkat?

“Banyak hotel sebelum ini yang pernah mohon sijil halal tapi bukan senang untuk dapat kerana mereka perlu mengikuti kriteria dan kaedah yang tepat. Kita harus akui proses nak dapatkan sijil halal memang ketat,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Lebih Sesuai Dilaksanakan Pada Tahun Depan

Tambah Sri Ganesh, saranan permohonan sijil Halal tersebut lebih sesuai jika dilaksanakan pada tahun hadapan.

“Setiap kali Ramadan, isu yang sama timbul tapi dari satu sudut, saya melihat pihak berkenaan harus lebih adil dan tidak tertumpu kepada pengusaha hotel sahaja.

“Banyak lagi yang menyediakan bufet Ramadan termasuk restoran Arab dan Thailand serta pengusaha persendirian yang menjualnya secara set. Adakah mereka ini mempunyai sijil halal?

“Kita harapkan tindakan yang lebih adil untuk semua pihak, bukannya kepada pihak tertentu sahaja,” jelasnya lagi.

Terdahulu, JAKIM menerusi kenyataan itu juga menggalakkan pihak terlibat agar membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah sekiranya pihak terlibat berhasrat menyediakan perkhidmatan bufet Ramadan.

Menurut JAKIM lagi, adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) sekiranya mana-mana pihak yang membuat pengiklanan dengan merujuk kepada makanan yang ditawarkan adalah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti bufet Ramadan, iftar Ramadan, set Ramadan dan seumpanya tanpa memohon SPHM yang sah.

Baca Artikel Berkaitan: Hanya 31 Hotel Di Selangor Yang Ada Sijil Halal Dibenar Guna Istilah ‘Bufet Ramadan’

Baca Artikel Berkaitan: JAIM Sahkan Hanya 14 Hotel Di Melaka Ada Sijil Halal & Dibenar Guna Istilah Bufet Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Tempoh Proses Sijil Halal Kini Dipendekkan Kepada 30 Hari

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.