fbpx
Now Reading
JAKIM Bangunkan Sistem AI, Mudahkan Prosedur Permohonan Lulus Sijil Halal

JAKIM Bangunkan Sistem AI, Mudahkan Prosedur Permohonan Lulus Sijil Halal

Menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, perkara yang paling rumit dalam meluluskan sijil halal adalah memeriksa ramuan-ramuan dalam sesuatu produk itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui setiap peniaga dalam industri makanan di Malaysia perlu memiliki sijil Halal.

Ia penting bagi memastikan makanan yang dijual mengandungi bahan yang mematuhi syarak dan bersifat baik atau elok sesuai untuk dinikmati oleh individu khususnya yang beragama Islam.

Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam menguruskan pensijilan dan penguatkuasaan status halal.

Namun, sering kali kedengaran luahan segelintir peniaga mengenai proses kelulusan sijil ini yang mengambil masa agak lama.

JAKIM Sedang Bangun Sistem Kecerdasan Buatan

Terbaharu, bagi mempercepat dan memudahkan prosedur meluluskan permohonan sijil halal, JAKIM sedang membangunkan sistem Kecerdasan Buatan (AI).

Menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM Mohamad Zamri Mohamed Shapik, teknologi tersebut dijangka dapat membantu jabatan itu khususnya dalam menganalisis ramuan yang digunakan dalam sesuatu produk.

Jelasnya, perkara yang paling rumit dalam meluluskan sijil halal adalah memeriksa ramuan-ramuan dalam sesuatu produk itu.

“Sebagai contoh, dalam permohonan pensijilan halal makanan di hotel, ada ratusan menu yang perlu kita semak dan bahan yang digunakan bukan sikit tetapi ribuan.

“Kalau kita gunakan khidmat manusia, ia memerlukan tenaga yang ramai dan penggunaan AI ini bukan sahaja membantu kita malah pihak industri dan menjadikan proses permohonan sijil halal itu cepat,” katanya.

Malaysia Berada Di Kedudukan Pertama Dunia Pensijilan Sijil Halal

Dalam pada itu, Mohamad Zamri menjelaskan pensijilan Halal Malaysia terus diiktiraf dunia apabila bagi tahun ke-10 berturut-turut, Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan pertama daripada 81 negara.

Ujarnya, rekod itu perlu dipertahankan melalui cara mengekalkan integriti yang tinggi dalam mematuhi standard yang ditetapkan selama ini bagi memastikan sijil halal Malaysia terus dihormati di dunia.

Untuk info, tempoh proses pensijilan halal buat premis makanan sebelum ini mengambil masa selama 51 hari sebelum ia dipendekkan menjadi 30 hari ketika pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca Artikel Berkaitan: Pengusaha Perkhidmatan Juadah Ramadan Dakwa Tempoh Masa Untuk Mohon Sijil Halal Terlalu Suntuk

Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Tempoh Proses Sijil Halal Kini Dipendekkan Kepada 30 Hari

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.