fbpx
Now Reading
Pekerja Kedai Roti Tular Pakai Songkok Tapi Berseluar Pendek Undang Kecaman [Video]

Pekerja Kedai Roti Tular Pakai Songkok Tapi Berseluar Pendek Undang Kecaman [Video]

Kedai roti popular di Bukit Bintang itu sebelum ini pernah tular gara-gara seorang pekerjanya yang memakai songkok dan rantai salib di leher.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap peniaga mempunyai cara tersendiri dalam menarik pelanggan untuk datang ke kedai dan membeli produk mereka.

Antara taktik yang paling biasa dibuat oleh kebanyakan peniaga adalah seperti kad keahlian dan ganjaran buat pelanggan setia.

Namun, kebelakangan ini, ada segelintir daripada mereka lebih kreatif dengan mengubah atau menggayakan imej pekerja berbeza dari kebiasaan sebagai satu tarikan pelanggan.

Meskipun tidak semua namun ada segelintir peniaga yang dilihat seolah-olah tidak cakna dan sensitif terutama dalam mempromosikan perniagaan.

Warganet Kesal Lihat Pekerja Restoran Bersongkok Namun Berseluar Pendek

Terbaharu, tular satu video di Facebook yang memaparkan beberapa pekerja lelaki bersongkok dan berseluar pendek di sebuah kedai roti popular yang di Bukit Bintang.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Facebook Abang Ameen, kelihatan beberapa pekerja yang berpakaian sedemikian sedang menguli tepung bagi membuat roti di hadapan premis berkenaan.

Melihat keadaan sedemikian, pengguna itu kesal dengan penampilan yang dilihat seolah-olah mempersendakan agama Islam dan masyarakat Melayu.

“Pakai songkok, berseluar pendek. Rasa macam nak mencarut je nih. Tolong pegang saya jap. Pegang saya jap.

“Hilang sabar dah ni. Firdaus Wong mana Firdaus Wong,” tulisnya menerusi kapsyen sambil menyebut pendakwah dan aktivis popular itu.

Malah, menerusi video berkenaan, pelekat logo ‘Halal’ yang turut ditampalkan pada cermin kedai tersebut.

“Pakai songkok, letak sticker, halal terus!” tulis kenyataan di video tersebut.

Video itu nyata menarik perhatian warganet yang lain. Rata-rata terkejut dan kesal dengan tindakan restoran berkenaan seolah-olah mempersendakan agama Islam dan kaum Melayu bagi menarik pelanggan dengan berpakaian sedemikian.

Pakai songkok, berseluar pendek. Rasa macam nak mencarut je nih. Tolong pegang saya jap. Pengang saya jap. Hilang sabar dah ni. Firdaus wong mana firdaus wong.

Posted by Abang Ameen on Tuesday, 12 December 2023
@sirfitrichmj

Kedai popular MON CHINESE BEEN ROTI… Pelik pelik laaaahh…. #monchinesebeefrotibukitbintang #monchinesebeefroti

♬ Ini Parah Ni – A Kiil Mustafa

JAKIM Akan Jalankan Siasatan

Memetik Harian Metro, jurucakap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil maklum video yang tular tersebut dan akan melakukan siasatan berkenaan perkara itu.

Sebelum ini, kedai roti daging popular di Bukit Bintang itu pernah tular gara-gara seorang pekerjanya yang memakai songkok dan rantai salib di leher.

Namun, pengurus restoran tersebut memaklumkan pekerja itu telah dipecat dan pihaknya akan lebih berhati-hati dan peka terutama melibatkan sensitiviti agama dan kaum di negara ini.

Berikut antara komen warganet:

Kuasa Beli Orang Melayu Memang Hebat, Sebab Itu Mereka Berusaha Tarik Duit Orang Melayu & Islam

Kena Kuatkan Lagi Awareness Tak Jujur Macam Ni

Mudahnya, Pakai Songkok, Tudung, Terus Jadi Halal

Senang Je Nak Tipu Orang Melayu, Pakai Songkok, Tepek Ayat Al-Quran

Suka Hati Hampa Noh, Nak Sendakan Islam

Ni Muslim or Mualaf?

Baca Artikel Berkaitan: Tular Isu Nasi Ayam Claypot, Pakar Halal Jelaskan Haram Guna ‘Rice Wine’ Dalam Makanan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Lelaki Berserban Masak & Makan Siput Babi, Ini Jawapan Dr Zulkifli Tentang Status Halal

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.