fbpx
Now Reading
Tular Video Pekerja Restoran Makanan Segera Di Bukit Bintang Bergaduh Dengan Lelaki Warga Asing

Tular Video Pekerja Restoran Makanan Segera Di Bukit Bintang Bergaduh Dengan Lelaki Warga Asing

Seorang pengguna X mendakwa lelaki terbabit sering mengganggu wanita-wanita yang bekerja berdekatan kawasan Bukit Bintang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video kekecohan di sebuah restoran francais makanan segera terkemuka dipercayai di Kuala Lumpur.

Berdasarkan video terbabit, kelihatan pergaduhan berlaku di antara pekerja-pekerja restoran berkenaan dan seorang lelaki berbaju hitam di luar premis itu.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @MALAYSIAVIRALLL, video berkenaan dirakam oleh salah seorang pelanggan restoran.

Turut kelihatan beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian juga mengerumuni kawasan tersebut untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Netizen dakwa lelaki berkenaan sering ganggu pekerja wanita berdekatan kawasan itu

Meskipun pemilik akaun tidak menyatakan secara terperinci punca kejadian itu, namun seorang pengguna X @nisarosdan mendakwa lelaki berbaju hitam berkenaan merupakan warga asing yang sering melakukan masalah di kawasan itu.

Dakwanya, lelaki itu sering mengganggu pekerja-pekerja wanita, malah rakan sekerjanya juga pernah menerima ugutan bunuh.

“Elok pun kena pukul mamat warga asing ini, selalu datang kacau pekerja-pekerja perempuan dan dia pernah ugut bunuh kawan saya di tempat kerja sebab tolak dan abaikan dia,” tulisnya.

Polis sahkan kejadian berlaku di Bukit Bintang

Bagaimanapun, pihak polis menerusi satu kenyataan media semalam (6 Februari) menyatakan pergaduhan tersebut berlaku di Jalan Bukit Bintang sekitar jam 8.30 malam pada 4 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung penularan video itu pada jam lebih kurang 11.50 pagi, 5 Februari lalu.

Pihak polis menahan seramai 5 orang termasuk seorang lelaki warga asing

Menurutnya, pihak polis telah menahan seramai lima individu terdiri daripada empat warganegara tempatan berusia 20 tahun dan seorang lelaki warga asing berumur 33 tahun yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Seramai empat warganegara tempatan ditahan reman selama satu hari, manakala seorang warga asing direman selama empat hari bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Jelasnya lagi, pihak  polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu selain menasihati orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti menyalahi undang-undang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.