fbpx
Now Reading
Senyum Lebar Naik Motor Berpelukan Dengan Suami, Shila Amzah dan Ubai Buat Ramai Geng Single Cemburu [Video]

Senyum Lebar Naik Motor Berpelukan Dengan Suami, Shila Amzah dan Ubai Buat Ramai Geng Single Cemburu [Video]

Semalam (17 Ogos), Ubai menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik satu video yang menunjukkan dia dan isterinya sedang bersiar-siar menggunakan motosikal Honda Vario 160.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Shila Amzah dan pasangannya, influencer, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai baru sahaja selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 4 Ogos yang lalu.

Dengan hanya sekali lafaz, Shila yang berusia 33 tahun telah sah bergelar isteri kepada Ubai dalam majlis pernikahan yang telah diadakan di Boat House, Ampang.

Sejak bergelar suami isteri, kehidupan mereka sering mendapat perhatian netizen. Terbaharu, Ubai dikatakan baharu sahaja membeli sebuah motosikal jenis Honda Vario 160.

Menurutnya, motosikal itu dibeli bagi memudahkan urusan dirinya terutama untuk keluar pergi menunaikan solat Jumaat.

Shila Amzah Peluk & Tersenyum Mesra Ketika Naik Motor Bersama Ubai

Semalam (17 Ogos), Ubai menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik satu video yang menunjukkan dia dan isterinya sedang bersiar-siar menggunakan motosikal tersebut.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah tingkah laku Shila yang dilihat girang dan tersenyum mesra sambil memeluk erat suaminya ketika menaiki motosikal itu. Tindakan romantis pasangan ini nyata menarik perhatian netizen.  

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen menganggap aksi romantisyang dipamerkan dilihat seolah-olah tidak menghormati perasaan mereka yang belum berkahwin dan mempunyai pasangan.

Namun, ada juga yang menasihatkan pasangan terbabit agar tidak terlalu menunjukkan kebahagiaan di media sosial kerana tidak semua orang suka dengan apa yang dikongsikan.

Ingatkan Video Healing Tadi, Kena Scam

Tengok Shila Bahagia Dengan Suami Sekarang Enjoy Je, Macam Ini Yang Kita Nak Happy Selalu

Kesian Kami Yang Single Ini

Dalam Kebahagiaan Yang Sedang Dikecapi, Harus Diingat Juga Kepada Penyakit Ain, Berwaspadalah

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.