fbpx

“Shafiq Bekas Pekerja & Rakan” – Eiza Nafi Ada Hubungan Dengan Adik Shila Amzah, Tampil Jelaskan Isu Sebenar

Munurut Eiza, dia dan Shafiq Amzah berkenalan atas urusan perniagaan dan menetap di rumah Shila Amzah selepas ditawarkan oleh kedua orang tua penyanyi terbabit pada tahun 2021.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Oktober lalu penyanyi terkenal, Shila Amzah telah memuat naik hantaran di Instagram yang meminta ‘orang luar’ yang dipercayai merujuk kepada seorang wanita dikenali sebagai Eiza untuk keluar dari rumah miliknya.

Shila Amzah turut memberi tempoh kepada wanita yang didakwa kekasih kepada adiknya iaitu, Amir Shafiq Amzah untuk keluar dari rumah berkenaan.

Malah dia turut meminta agar wanita itu untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di akaun media sosial mengenai dirinya dan keluarga.

Baca artikel berkaitan: Shila Amzah Bagi Tempoh Hingga Jumaat Untuk ‘Orang Luar’ Keluar Dari Rumahnya

Eiza nafi kekasih kepada adik Shila Amzah, kenal atas urusan perniagaan

Terbaharu, Eiza atau nama penuhnya Eiza Idanie Che Saleh telah tampil menjelaskan dia tidak memiliki sebarang hubungan dengan adik kepada penyanyi berkenaan seperti yang didakwa oleh Shila.

Menurutnya, perkenalan dengan adik penyanyi berkenaan adalah di atas urusan perniagaan.

Jelas Eiza, dia menetap di kediaman milik Shila selepas ditawarkan oleh ibu bapa kepada pelantun lagu Memori Tercipta pada 2021.

“Pada hujung Disember 2021, rumah sewa saya di Hulu Langat ditengelami air akibat banjir hingga mengalami kerosakan yang teruk termasuk barang niaga saya rosak.

“Dalam masa sama, ketika itu, Shafiq bekerja dengan saya dan ada isu dalam perniagaan menyebabkan saya terpaksa tutup perniagaan dan dia ada berhutang duit dengan saya.

“Disebabkan mengalami kerugian besar saya minta Shafiq temukan saya dengan bapanya, Datuk ND Lala untuk mencari jalan keluar dan peluang untuk saya bangkit dalam perniagaan.

“Kemudian bapanya menawarkan saya peluang perniagaan berkonsepkan multi level marketing (MLM) dan mempelawa saya untuk tinggal di rumahnya untuk sementara waktu hingga saya ditawarkan bekerja sebagai pembantu peribadinya, malah dia juga pernah menggunakan duit saya sebanyak RM8,000 untuk daftar keahlian baru untuk perniagaan MLM itu,” ujarnya dipetik Harian Metro.

Kecewa dengan fitnah dilemparkan Shila

Wanita itu turut meluahkan rasa kecewanya dengan kenyataan dikeluarkan oleh penyanyi terbabit dalam hantaran di IG Story yang meminta ‘orang luar’ keluar dari rumah berkenaan.

Walhal ujarnya dia sebelum ini mengambil tanggungjawab menjaga ibu dan adik-beradik Shila ketika kedua orang tua penyanyi berkenaan mempunyai konflik.

“Pada pertengahan tahun 2022, saya pernah keluar daripada rumah itu selama beberapa bulan. Sepanjang tiada di rumah ibunya sering menghubungi dan memujuk saya untuk tinggal bersamanya disebabkan kemelut rumah tangga yang berlaku.

“Ibu Shila selalu minta saya mendengar masalah berkaitan rumah tangganya. Jadi atas rasa simpati saya kembali ke rumah itu. Di rumah itu pun saya duduk sebilik dengan ibu, Syada dan anak angkat Shila.

“Malah sepanjang pergaduhan ibu bapanya, saya terpaksa mengambil tanggungjawab untuk membantu dan menjaga ibu dan adiknya, Syada Amzah memandangkan kami faham Shila terlalu sibuk dengan kerja.

“Pada awal tahun ini pun, saya sekali lagi berpindah keluar tapi dipujuk oleh ibunya. Saya faham emosi ibu Shila waktu itu yang memerlukan seseorang untuk tempat luahan di saat anaknya memberi alasan sibuk bekerja.

“Sepanjang tinggal di rumah itu, saya sedar diri dan membantu menjaga rumah serta menyumbang perbelanjaan keluarga Shila seperti membeli barangan dapur, makanan kucing dan lain-lain.

“Saya juga nak jelaskan di sini, saya tidak sentiasa berada di rumah terbabit kerana kebanyakan urusan saya di luar kawasan seperti ke China dan luar daerah,” jelasnya lagi.

Harap netizen dengar penjelasan kedua-dua belah pihak

Eiza turut berharap agar penjelasan yang diberikan dapat membersihkan namanya selepas pelbagai fitnah yang diberikan oleh penyanyi terbabit.

Malah Eiza turut menyatakan disebabkan fitnah dilakukan oleh penyanyi berkenaan dia telah dikecam teruk oleh netizen.

“Saya dikecam teruk oleh netizen gara-gara fitnah yang dibuat Shila seperti tidak membayar utiliti rumah, menjadi batu api dan mendakwa saya teman wanita kepada adiknya sedangkan Shafiq seperti tidak membayar utiliti rumah, menjadi batu api dan mendakwa saya teman wanita kepada adiknya sedangkan Shafiq adalah bekas pekerja dan rakan saya saja.”

Selain itu, dia turut meminta agar warganet mendengar penjelasan daripada kedua belah pihak sebelum bertindak mengecamnya serta keluarga penyanyi berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.