fbpx
Now Reading
Shila Amzah Bagi Tempoh Hingga Jumaat Untuk ‘Orang Luar’ Keluar Dari Rumahnya

Shila Amzah Bagi Tempoh Hingga Jumaat Untuk ‘Orang Luar’ Keluar Dari Rumahnya

Menurut Shila Amzah, ‘orang luar’ itu yang merupakan kenalan adiknya, Shafiq telah berpindah masuk dan tinggal di rumah berkenaan tanpa izinnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, hangat di media sosial mengenai konflik membabitkan penyanyi, Shila Amzah selepas dia didakwa ingin menjual rumah yang dihuni oleh keluarganya.

Malah mereka turut dilihat saling berbalas-balas kenyataan untuk mengulas mengenai isu yang sedang berlaku termasuklah ibu kepada Shila Amzah.

Baca artikel berkaitan: “Mak Sudah Tak Kenal Siapa Nurshahila” – Fauziah Sarman Luah Rasa Kecewa Shila Amzah

Baca artikel berkaitan: Ubai Dedah Derita Ditanggung Shila Amzah Selama Ini, Alami Seksaan Mental & Fizikal

Baca artikel berkaitan: “Rasa Macam Haiwan Jalanan” – Syada Amzah ‘Hint’ Bakal Dihalau Keluar Rumah?

Shila Amzah minta ‘Orang Luar’ keluar dari rumah

Terbaharu, pelantun lagu Memori Tercipta ini telah memuat naik satu hantaran meminta ‘orang luar’ yang dipercayai kekasih adik untuk keluar dari rumah miliknya.

Malah, Shila dalam muat naik itu turut memberi tempoh sehingga esok (Jumaat, 20 Oktober) untuk wanita berkenaan keluar dari rumah tersebut.

Beri amaran jangan keluarkan sebarang kenyataan mengenainya mahupun keluarga

Selain itu, Shila turut mengingatkan wanita berkenaan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dirinya mahupun keluarga di media sosial.

“Assalamualaikum teruntuk ‘orang luar’ yang sebenar. Eiza yang dah lama duduk di rumah saya di Langat tu, sila keluar selewatnya esok sebelum saya ambil tindakan undang-undang.

“Sila keluar dengan kadar segera. Lagi satu, satu lagi perkataan mengenai saya dan keluarga di akaun media sosial. Saya akan hantar surat Letter Of Demand (LOD) jika awak melakukannya,” tulis Shila.

Pernah beritahu ibu untuk minta wanita berkenaan keluar

Menurutnya lagi, sebelum ini dia pernah memberitahu kepada ibu untuk meminta wanita berkenaan keluar dari rumahnya sejak tahun lalu.

Dakwanya, wanita berkenaan telah berpindah masuk ke rumah berkenaan tanpa izin darinya.

Dalam satu lagi hantaran Shila turut menjawab soalan yang ditanya oleh pengikutnya yang bertanya adakah wanita yang dirujuk sebagai ‘Orang luar’ itu kekasih kepada adiknya.

Shila menjawab dia tidak pasti, namun wanita berkenaan sering berada di setiap acara keluarganya.

“Entah, tapi melalui dia lah.. Semua acara keluarga dia ada, Saya tak kisah jika dia baik tetapi setiap sejak kes ibu bapa bercerai sehingga kejadian baru-baru ini menunjukkan dia sebaliknya,” kata Shila.

Shila juga turut memaklumkan wanita berkenaan telah menghuni di rumah berkenaan sejak tahun 2021.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.