fbpx
Now Reading
“Mak Sudah Tak Kenal Siapa Nurshahila” – Fauziah Sarman Luah Rasa Kecewa Shila Amzah

“Mak Sudah Tak Kenal Siapa Nurshahila” – Fauziah Sarman Luah Rasa Kecewa Shila Amzah

Menurut Fauziah yang juga ibu kepada Shila Amzah, penyanyi itu memulakan kerjaya nyanyiannya sejak dari kecil atas kerelaan sendiri dan tidak dipaksa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari ini, kisah mengenai penyanyi, Shila Amzah dan adik-beradiknya menjadi perbualan hangat di media sosial.

Semuanya bermula selepas adik bongsu memberi bayangan seperti akan dihalau keluar dari rumah yang dihuni.

Perkara itu semakin menjadi panas apabila adik keduanya, Shafiq Amzah turut melakukan Live di akaun TikTok menjelaskan mengenai isu rumah yang dihuni keluarganya didakwa ingin dijual oleh penyanyi terbabit.

Malah mereka turut dilihat berbalas-balas kenyataan menerusi siaran langsung yang dibuat di akaun media sosial.

Baca artikel berkaitan: Ubai Dedah Derita Ditanggung Shila Amzah Selama Ini, Alami Seksaan Mental & Fizikal

Baca artikel berkaitan: “Rasa Macam Haiwan Jalanan” – Syada Amzah ‘Hint’ Bakal Dihalau Keluar Rumah?

Ibu luah dah tak kenal siapa Nurshahila

Terbaharu, ibu kepada pelantun lagu Memori Tercipta itu, Fauziah Sarman, 56, turut memberi respon mengenai kemelut yang melanda keluarga mereka apabila menyatakan dia seperti sudah tidak kenal anak sulungnya itu.

“Untuk anakku Nurshahila yang telah emak kandung dalam rahim pinjaman Allah ini selama sembilan bulan, yang telah emak lahirkan, susukan dan besarkan selama ini.

“Emak dah hilang kata-kata. Satu demi satu dugaan menimpa diri mak di usia yang tinggal sisa ini. Sungguh hanya Allah lebih mengetahui segala apa yang terjadi sekarang.

“Jujur, mak sudah tidak kenal siapa Nurshahila lagi. Tulisan ini bukan untuk mengusik nama besar kamu dan bukan juga petanda emak ‘menangkan’ adik-adik. Tidak pernah ada sikap melebihkan anak yang mana biar ada yang terlebih terkudang itu ini.

“Allah tahu kasih sayang seorang ibu itu sama sahaja kepada setiap anak-anaknya biar mereka hebat, kaya, degil, nakal atau sebagainya,” tulis Fauziah.

Tak paksa anak bernyanyi sebaliknya itu dilakukan atas kerelaan Shila

Malah ibu penyanyi berkenaan turut mengakui anaknya itu telah mula bernyanyi sejak di usia kanak-kanak namun semua itu adalah atas kerelaannya dan tiada paksaan.

Selain menyatakan mungkin apa yang dikorbankan dengan menemani Shila ke sana sini hanya ‘kewajipan’ sebagai seorang yang bergelar ibu.

“Mak bahagia dan bangga melihat kejayaan cita-cita anak yang diinginkan sejak kecil, mungkin segala kejayaan itu bukan doa dari mak.”

Dalam masa sama, wanita itu turut menyentuh mengenai rumah yang didakwa mahu dijual oleh penyanyi terbabit dan mengatakan dia tidak pernah membantah sekiranya penyanyi berkenaan mahu menjualnya kerana sedar ia adalah milik anak.

Dakwa Shila keluarkan kata-kata kesat

Dia juga turut mendakwa kerana rumah terbabit anak sulungnya tergamak mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

“Disebabkan rumah pusaka ini juga tergamak Shila mengeluarkan kata-kata kesat pada mak, tak tergamak mak nak tulis kata-kata itu.. Allahuakbar. Ya benar, memang Shila tak halau mak tapi kata-kata Shila mak faham.

“Untuk ‘orang luar’ yang pernah mak tatang bagikan anak sendiri, terima kasih layan mak begini. Untuk ‘orang luar’ yang baru memiliki Nurshahila – terima kasih membuat kesimpulan yang hanya memenangkan diri kalian. Kita tiada beza.. awak juga cuci kaki masuk rumah.

“Hati mak memang sudah dikisar halus, mak bersuara demi maruah mak. Banyak rahsia mak simpan sorok selama ini demi namamu sebagai bintang popular. Terima kasih Nurshahila kerana beri ruang untuk orang hina dan keji mak sendiri dalam video live,” katanya lagi.

Malah ibu itu turut mengatakan dia belum dapat memaafkan apa yang dilakukan oleh Shila dan memintanya untuk berhenti menipu.

Selain itu dia turut menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT.

Walau bagaimanapun hantaran itu telah dipadam oleh ibu penyanyi berkenaan selepas beberapa minit ia dimuat naik.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.