fbpx
Now Reading
“Saya Tak Suka Orang Datang Rumah Tanpa Pengetahuan, Inikan Pula Tinggal” – Shila Amzah

“Saya Tak Suka Orang Datang Rumah Tanpa Pengetahuan, Inikan Pula Tinggal” – Shila Amzah

Menurut Shila Amzah, dia bukanlah mahu memainkan peranan sebagai tuan rumah sebaliknya mahu menjaga hak dan kehormatan diri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, seorang wanita yang didakwa menetap di rumah Shila Amzah iaitu Eiza Idanie Che Saleh telah tampil menjelaskan bahawa dirinya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan adik kepada penyanyi itu, Amir Shafiq.

Dia yang mesra dipanggil Eiza itu turut menyatakan pengenalannya dengan Shafiq adalah atas dasar rakan perniagaan.

Eiza maklum Shafiq ada berhutang dengannya

Ujarnya lagi, dia tinggal di kediaman milik penyanyi terkenal berkenaan selepas dipelawa oleh kedua ibu bapa Shila pada tahun 2021 selain menyatakan Shafiq berhutang dengannya.

Malah dia juga berdepan kerugian yang besar dalam perniagaan sehingga meminta Shafiq menemukannya dengan bapa penyanyi berkenaan, Datuk ND Lala untuk mencari jalan keluar dan bangkit dalam perniagaannya.

Baca artikel berkaitan: “Shafiq Bekas Pekerja & Rakan” – Eiza Nafi Ada Hubungan Dengan Adik Shila Amzah, Tampil Jelaskan Isu Sebenar

Shila Amzah dedah tiada kaitan dengan Eiza dan tak izinkan duduk di rumahnya

Susulan daripada kenyataan itu, Shila Amzah telah diminta untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh wanita berkenaan.

Kata penyanyi itu dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Eiza termasuklah mengenai hutang antara wanita terbabit dengan adiknya.

“Kalau dia nyatakan kepada saya, hutang ada sekian-sekian. Tetapi, tetap juga, saya tak izinkan dia duduk di rumah saya sebab saya tak ada kaitan apa-apa.

“Secara normalnya, rumah itu rumah siapa? Itu kena ambil kira. Saya tak ada kaitan apa-apa dalam hal ini. Saya tak ada kaitan dengan dia. Memang tiada.

“Benda ini kelakar sebenarnya. Sebab itulah dari awal lagi, saya macam, cukuplah, diamlah, tak pelu buat ‘live’ (di media sosial) lagi. Kalau kami nak keluarkan kenyataan, lagi banyak lagi,” ujarnya, dipetik Harian Metro.

Mahu jaga hak dan kehormatan diri

Jelas pelantun lagu Masih Aku Cinta itu dia bukanlah mahu memainkan ‘peranan’ sebagai tuan rumah sebaliknya mahu menjaga hak serta kehormatan dirinya.

“Saya sebenarnya, memang tak ambil tahu apa-apa. Saya dah tak mahu popularkan orang yang tak perlu.

“Tempoh hari, saya suruh dia keluar, memang patut pun dia keluar. Saya dah lama bersabar. Jadi, semasa dia duduk di rumah saya, kalau betul dia bekerja pun, saya tak tahu apa-apa.

“Saya jenis orang yang tak suka kalau orang datang ke rumah saya tanpa pengetahuan saya. Inikan pula tinggal di situ.

“Saya bukan nak memainkan peranan sebagai tuan rumah. Tapi, perlu ada rasa hormat itu. Saya rasa, kehormatan diri itu patut ada pada semua orang,” ujar penyanyi itu lagi.

Baca artikel berkaitan: Shila Amzah Bagi Tempoh Hingga Jumaat Untuk ‘Orang Luar’ Keluar Dari Rumahnya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.