fbpx
Now Reading
Sibuk Dengan Urusan Pindah Rumah, Syada Amzah Tawar Kucing Untuk Dibela

Sibuk Dengan Urusan Pindah Rumah, Syada Amzah Tawar Kucing Untuk Dibela

Terdahulu, penyanyi Shila Amzah sebelum ini dilaporkan mahu menjual rumah banglo yang diduduki oleh ibunya, Fauziah Sarman serta tiga beradik yang lain dan akan menggantikannya dengan kediaman yang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa minggu yang lalu, hangat diperkatakan di media sosial konflik di antara penyanyi Shila Amzah dan dua orang adiknya, Shafiq serta Syada.

Segalanya bermula apabila Syada memuat naik satu hantaran di IG Story memberikan gambaran akan dihalau keluar dari kediaman yang sedang diduduki.

Malah, kemelut di antara ketiga-tiga beradik ini menjadi hangat apabila mereka dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial sehingga ibu mereka sendiri turut melakukan perkara yang sama.

Baca Artikel Berkaitan: “Rasa Macam Haiwan Jalanan” – Syada Amzah ‘Hint’ Bakal Dihalau Keluar Rumah?

Baca Artikel Berkaitan: “Mak Sudah Tak Kenal Siapa Nurshahila” – Fauziah Sarman Luah Rasa Kecewa Shila Amzah

Sibuk Urusan Pindah Rumah Baharu, Buka Tawaran Buat Individu Yang Membela Kucing

Syada yang merupakan adik bongsu Shila menerusi satu hantaran terbaharu di Insta Story mendedahkan dia kini sedang sibuk dengan urusan pindah rumah.

Ekoran daripada ini, penyanyi lagu Hasrat itu mahu menyerahkan haiwan kesayangan miliknya kepada individu yang berminat.

“Adopsi kucing dibuka sehingga hujung November depan kerana kami masih sibuk dengan urusan pindah sejak beberapa minggu lalu.

“Sesiapa yang serius nak jaga, boleh DM kita,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.

Malah, menerusi hantaran yang sama, Syada menafikan dakwaan yang mengatakan dia mempunyai 50 ekor kucing seperti yang dilaporkan oleh media.

Foto: Tangkap Layar Insta Story Syada Amzah

Si Bulus Bukan Untuk Dijual

Dalam pada itu, Syada yang juga merupakan bekas peserta Big Stage turut menyatakan bahawa kucing peliharaannya itu bukan untuk dijual.

Namun, dia hanya akan mengenakan kadar bayaran sebanyak RM30 bagi sangkar pembawa kucing (carrier) yang boleh digunakan oleh tuan baharu haiwan tersebut.

“Kita tak jual, sebab makhluk bernyawa. Tapi kita akan charge untuk carrier dia RM30 kita belikan baru untuk korang bawa balik nanti,” tulis Syada lagi.

Foto: Tangkap Layar Insta Story Syada Amzah

Terdahulu, Shila Amzah dilaporkan mahu menjual rumah banglo yang diduduki oleh ibunya, Fauziah Sarman serta tiga beradik yang lain dan akan menggantikannya dengan kediaman yang lain.

Malah, Shila pernah meluahkan rasa terkejut dengan dakwaan yang mengatakan rumah banglo yang didiami oleh keluarganya itu mempunyai 50 ekor kucing peliharaan.

Baca Artikel Berkaitan: Ubai Dedah Derita Ditanggung Shila Amzah Selama Ini, Alami Seksaan Mental & Fizikal

Baca Artikel Berkaitan: Shila Amzah Bagi Tempoh Hingga Jumaat Untuk ‘Orang Luar’ Keluar Dari Rumahnya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.