fbpx
Now Reading
Ubai Dedah Derita Ditanggung Shila Amzah Selama Ini, Alami Seksaan Mental & Fizikal

Ubai Dedah Derita Ditanggung Shila Amzah Selama Ini, Alami Seksaan Mental & Fizikal

Shila Amzah dalam satu muat naik di IG Story telah meluahkan perasaannya dan meminta agar adik kedua, Shafiq Amzah untuk berdepan dengannya selepas mengeluarkan dakwaan-dakwaan mengenai dirinya di Live TikTok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila penyanyi, Syada Amzah yang merupakan adik kepada Shila memberi bayangan seperti akan dihalau keluar daripada rumah yang dihuni.

Dia menerusi hantaran itu turut meluahkan merasakan diri seperti haiwan jalanan selepas terdapat individu muncul di hadapan rumah untuk melihat kawasan berkenaan.

Baca artikel berkaitan: “Rasa Macam Haiwan Jalanan” – Syada Amzah ‘Hint’ Bakal Dihalau Keluar Rumah?

Syafiq Amzah buat Live mengenai rumah yang didakwa ingin dijual

Konflik mengenai masalah keluarga mereka menjadi semakin panas dan memuncak apabila seorang lagi adik Shila Amzah yang dikenali sebagai Shafiq Amzah turut membuat siaran lansung di akaun TikTok menceritakan mengenai perihal rumah yang didakwa ingin dijual.

Dia kemudian mendedahkan rumah yang dihuni keluarganya ingin dijual oleh Shila.

Shafiq yang merupakan anak kedua Datuk ND Lala kemudian mendakwa rumah itu dibeli oleh bapanya tetapi menggunakan nama Shila.

“Kau tahu tak rumah ni, rumah pusaka. Asalnya pun bapak kau yang beli, guna nama kau je.

“Lepas tu kau nak claim dari ‘persembahan aku (Shila) lah’, bapak aku dapat bayar rumah ni dalam masa lima tahun,” dakwa Shafiq dalam live itu.

@mstarmalaysia

Adik lelaki Shila Amzah pula buat pendedahan, dakwa kakak jual rumah kerana duit #sembangentertainment #mstar #shilaamzah

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Berang dengan dakwaan dikeluarkan, Shila minta Shafiq berdepan dengannya

Shila yang sedar mengenai live itu menjadi berang, lantas meluahkan perasaannya di IG Story.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan kelihatan Shila telah di ‘muted’ (didiamkan) dari Live terbabit.

Apa yang lebih mengejutkan Shila turut mendakwa dia sebelum ini pernah dikasari oleh Shafiq.

“Kau guna nama kakak kau untuk perhatian, dan nak terangkan “kebenaran” yang kau cipta sendiri untuk menambah rasa sedap pada kisah dongeng yang kau buat sendiri?

“Kenapa takut? Kenapa mute aku kalau kau betul. Aku dah sampai limit ni, aku ada semua resit. Jangan ingat aku diam, aku ni yang bang****.

“Kau ingat aku takut ke kau nak sepak muka aku lagi? Marilah kalau kau betul anak jantan sulung macam kau dakwa, mari datang. Aku tunggu,” luahnya.

Shila kemudian dilihat turut membuat satu siaran langsung ketika berada di dalam kereta dan dilihat menangis ketika meluahkan perasaannya.

@mstarmalaysia

Lama berdiam, Shila Amzah ‘meletup’ sebab dah penat pendam perasaan… Kecewa adik lelaki reka cerita dongeng isu jual rumah #sembangentertainment #mstar #shilaamzahubai

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Ubai dedah derita dialami Shila selama 33 tahun hidupnya

Siapa sangka suami Shila, influencer Ubai atau nama penuhnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli akhirnya turut bersuara apabila tampil di Twitter mendedahkan derita yang dialami isterinya selama ini.

Menurut Ubai, Shila telah mula bekerja sejak berumur 10 tahun namun hanya diberi kesempatan memegang wang, kad bank serta IC miliknya pada usia 28 tahun.

Mental dan fizikal didera dalam perkahwinan lalu

“Berkahwin atas pilihan keluarga.

“Mental dan fizikal ‘abuse’ (didera) dalam tempoh tiga tahun perkahwinan. Tanggung bekas suami. Bercerai dan trauma. Mulakan hidup baru selepas bercerai dengan menanggung hutang keluarga ratusan ribu, hutang berjaya dibayar dan sehingga kini masih menanggung keluarga,” tulisnya.

Jelasnya, Shila sendiri selama ini tidak mempunyai tempat untuk berkongsi dan hanya menyimpan apa yang dilalui sepanjang 33 tahun.

Sebaliknya dia mendakwa Shila dikerah untuk sentiasa bekerja dan setiap hasil titik peluhnya perlu mendahulukan keluarga. Pelantun lagu Memori Tercipta itu tidak memberikan sebarang alasan kerana ‘itulah tugas seorang anak sulung, jangan jadi anak derhaka.’

Perlu lupa trauma yang dihadapi secara paksa

“Kesihatan mental dan fizikalnya tiada siapa yang tahu dan peduli. Trauma yang dia hadapi perlu dilupakan dengan cara paksa kerana itu saja pilihan yang ada,” jelasnya.

Malah wanita itu terus diuji apabila kehilangan ibu mentua dan adik ipar sebelum berkahwin dengan Ubai.

“Saya sangka kehidupan saya sudah cukup mencabar dan penuh dugaan. Ternyata ada yang lebih besar untuk orang lain. Ini lah dia kisah seorang wanita hebat yang saya kenali.”

Shila dalam masa sama menerusi Twitter rasminya memaklumkan dia bakal membuat kenyataan media.

Terdahulu, dalam satu Live Shila turut mengakui dia tidak pernah memegang wangnya sendiri dan rumah yang dihuni oleh keluarga adalah miliknya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.