fbpx
Now Reading
Dior Didakwa Pecat Bella Hadid, Pilih Model Dari Israel Jadi Ganti Sebagai Duta

Dior Didakwa Pecat Bella Hadid, Pilih Model Dari Israel Jadi Ganti Sebagai Duta

Sebelum ini, telah timbul khabar angin yang mendakwa jenama terkenal itu mahu memecat model berkenaan selepas dia dilihat lantang menyuarakan sokongan kepada Palestin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hampir sebulan berlalu, konflik di antara Palestin dan Israel masih lagi tidak menunjukkan tanda akan reda.

Malah, sehingga 7 November, Pejabat Media Kerajaan Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 40,000 orang maut, cedera atau hilang sejak ia mula tercetus pada 7 Oktober yang lalu.

Konflik ini nyata membuka mata masyarakat di dunia. Baik pihak kerajaan, individu atau artis, masing-masing lantang menyuarakan pendapat dan menunjukkan sokongan padu khususnya kepada rakyat Palestin.

Namun, sokongan yang ditunjukkan nyata memberi kesan kepada segelintir pihak antaranya seperti media sosial disekat atau dibatalkan kontrak kerja.

Bella Hadid Didakwa Dipecat Oleh Jenama Terkenal Dior, Model Dari Israel Jadi Pengganti

Terbaharu, kecoh di laman Twitter (X) berita pemecatan model terkenal Isabella Khair Hadid atau lebih popular dengan panggilan Bella Hadid sebagai duta jenama mewah terkenal, Dior.

Ia mula tular apabila media daripada Turkey Yenisafakenglish memuat naik satu hantaran di Instagram berhubung pemecatan Bella sebagai duta.

Menerusi hantaran tersebut, pemecatan model itu dikatakan mempunyai kaitan dengan tindakannya yang lantang bersuara dan menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

Malah, apa yang menarik perhatian ramai adalah pemilihan model dari Israel May Tager sebagai wajah baharu yang menggantikan tempat Bella.

Jadi Duta Bagi Jenama Make Up Antarabangsa Charlotte Tilbury

Namun, timbul dakwaan yang menyatakan model berusia 27 tahun itu sebenarnya bukan dipecat sebaliknya dia telah meninggalkan jenama Dior sejak Mac yang lalu.

Perkara ini dibangkitkan seorang pengguna Twitter (X) menerusi nota komuniti di aplikasi tersebut sebagai respon ciapan oleh seorang influencer pro-Palestin, Jackson Hinkle.

Ini dikuatkan lagi apabila jenama solekan antarabangsa Charlotte Tilbury secara rasminya mengumumkan Bella sebagai wajah baharu bagi jenama mereka pada 2 Mac 2023.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan yang dapat mengesahkan Bella meninggalkan Dior pada waktu itu.

Pemecatan Bella Buat Ramai Mahu Boikot Dior

Berita ini nyata menarik perhatian masyarakat dunia. Rata-rata mengecam tindakan jenama mewah itu yang memecat Bella dan menggantikan dengan model dari Israel.

Malah, ada yang turut menyuarakan pendapat mahu memboikot jenama berkenaan susulan dakwaan yang mereka telah memecat Bella.

Untuk info, Bella mula menjadi wajah baharu Dior sejak tahun 2016. Sebelum ini, telah timbul khabar angin yang mendakwa jenama terkenal itu mahu memecat model berkenaan selepas dia dilihat lantang menyuarakan sokongan kepada Palestin.

Ia bagaimanapun dinafikan oleh sumber dalaman syarikat jenama berkenaan.

Berikut antara komen netizen:

Masa Untuk Boikot Dior

Takde Niat Pon Nak Boikot Dior, Sebab Mahal Tak Pernah Beli

Macam Takda Model Negara lain Je Nak Ambil

Aku Dah Agak Dior Pun Akan Terikut Juga

Baca Artikel Berkaitan: Demi Palestin & Sokongan Terhadap Bella Hadid, Mimi Lana Tolak Tawaran Dior

Baca Artikel Berkaitan: ‘Terpadam’ IG Story Bella Hadid Kongsi Asal Usul Bapa Dari Palestin, Instagram Mohon Maaf

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.