‘Tiada Anak Masih Bahagia’ – Aksi Mesra Pasangan Warga Emas Tarik Perhatian Warganet [Video]
Pasangan warga emas itu tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Namun, layanan pakcik itu terhadap isterinya membuat wanita itu kagum dan terpesona dengan kebahagiaan yang dikecapi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Buat pasangan yang berkahwin, anak merupakan penyeri dalam kehidupan berumah tangga. Namun, tidak semua suami isteri di dunia ini bernasib baik dikurniakan rezeki cahaya mata walaupun telah berusaha dan mencuba pelbagai kaedah untuk mendapatkan zuriat.
Sebagai manusia, kita harus sabar dan tabah dengan cabaran dan dugaan yang diberi oleh Tuhan.
Namun, harus diingatkan bahawa anak bukanlah penentu kebahagiaan rumah tangga. Tanpa anak juga, pasangan suami isteri masih boleh bahagia bersama dengan cara tersendiri.
Pasangan Warga Emas Kekal Bahagia Walaupun Tiada Anak
Ini dapat dibuktikan melalui perkongsian di akaun Tik Tok @_lynnmj_. Menurut wanita yang bekerja di sebuah pusat perubatan itu, tindakan sepasang suami isteri warga emas nyata menarik perhatiannya.
Menurut Lyn, warga emas itu tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
Namun, layanan suami terhadap sang isteri membuat wanita itu kagum dan terpesona dengan kebahagiaan yang dikecapi oleh mereka.
“Pakcik dan makcik ini tiada anak, tapi setiap masa pak cik ada dengan isteri dia,” tulis Lyn di ruangan kapsyen.
Tambah wanita itu lagi, pak cik itu sering melawat isterinya yang dimasukkan ke hospital setiap kali berpeluang.
Malah, apa yang lebih menarik perhatiannya adalah sikap dan layanan lelaki berkenaan yang tidak pernah lupa mengucapkan kata sayang kepada isterinya itu.
“Setiap kali habis waktu melawat, dia mesti salam dan cium dulu isteri dia, ‘nanti abang datang lagi sayang’, sayang hingga akhir waktu,” tulis Lyn lagi.
Momen indah pasangan berkenaan yang dikongsikan oleh wanita itu nyata menarik perhatian warganet. Kebanyakan mereka memuji dan terharu dengan layanan yang diberikan oleh lelaki itu terhadap isterinya.
Malah, ada juga segelintir warganet yang belum dikurniakan cahaya mata turut mendoakan kebahagiaan yang sama seperti pasangan terbabit.
Pakcik & Makcik Ini Dah Buktikan Tiada Anak Pun Boleh Bahagia Sampai Tua
Untungnya Isteri Pakcik Ini, Punya Suami Yang Sayang Sepenuh Hati Dekat Dia
Terbaik Pakcik, Anak Ramai Pun Belum Tentu Boleh Jaga Orang Tua
Mesti Macam Ini Saya & Suami Sebab Tiada Anak Lagi, Dah 18 Tahun Menanti
Cinta Sampai Syurga Pakcik & Makcik, Saya Doakan Kesihatan Kedua Pasangan Ini
Baca Artikel Berkaitan: