fbpx
Now Reading
Individu Dedah Adik OKU Sering Dibuli Guru Wanita Hingga Alami Kemurungan

Individu Dedah Adik OKU Sering Dibuli Guru Wanita Hingga Alami Kemurungan

Di dalam pendedahan itu, individu tersebut mendakwa adiknya yang sedang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sering dibuli oleh seorang guru wanita hingga trauma.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lazimnya apabila bercakap mengenai kejadian buli di sekolah, pasti terlintas di fikiran kita bahawa perbuatan itu dilakukan oleh pelajar. Malah kebanyakan kes biasanya akan melibatkan, pelajar senior yang bertindak membuli individu yang lebih muda daripadanya.

Antara punca yang menyumbang kepada gejala yang tidak sihat ini adalah disebabkan oleh kurangnya didikan dan kasih sayang daripada keluarga si pembuli itu atau pengaruh daripada televisyen.

Namun, lain pula yang kisah yang di media sosial apabila seorang individu mendakwa adiknya dibuli di sekolah oleh seorang guru.

Adik OKU Kemurungan Akibat Dibuli & Dihina

Menerusi perkongsian tangkap layar mesej peribadi di akaun Twitter @pedoqpop, individu itu mendakwa adiknya yang sedang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sering dibuli oleh seorang guru wanita hingga trauma.

“Adik aku buat pembedahan mata dan tidak boleh berjemur atau kena panas namun dipaksa oleh guru untuk bersukan meskipun dah bagi surat doktor. Kesannya, setiap kali dia buat aktiviti, pihak sekolah telefon suruh ambil dia sebab mata dia berdarah.

“Selain itu, guru yang sama juga pernah sebarkan cerita bahawa adik aku malas solat kerana datang haid. Paling teruk, dia siap nak ugut buka kain adik aku,” tulis wanita berkenaan.

Malah, adiknya yang berstatus OKU itu didakwa sering ditengking dan dijerkah serta dipulaukan oleh guru berkenaan.

“Macam-macam hinaan dia buat tapi adik aku telan sahaja. Sekarang, adik aku dah trauma dan berbulan tak pegi sekolah berpunca daripada tindakan guru itu.

“Dia punya perubahan ketara, sampai banyak kali dia termenung seorang diri. Bila pergi dekat dia, rupanya sedang menangis,” ujarnya.

Pengetua Sekolah Tidak Mahu Berjumpa, Cuba Buat Aduan Di SISPA

Tambah wanita itu, satu perbincangan cuba dibuat antara bapanya dan pengetua sekolah berhubung isu berkenaan namun gagal. Malah, adiknya pula dituduh membuat cerita palsu.

“Pengetua tak nak aturkan perjumpaan kami dengan cikgu tu. Pihak sekolah sehabis baik nak lindungi guru tersebut. Dah naik jumpa Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), tapi sampai sekarang masih sama kesnya.

“Bila nak buat laporan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA), adik aku tiada kemampuan nak ‘eja’ nama guru. Dia hanya ingat guru wanita, ajar Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani selain memakai kaca mata,” jelasnya.

Foto: Twitter @pedoqpop
Foto: Twitter @pedoqpop
Foto: Twitter @pedoqpop

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geram dengan tindakan pihak sekolah dan guru wanita terbabit. Ada di antara netizen yang meminta nama guru dan sekolah didedahkan untuk makluman orang ramai.

Malah, ada juga yang mencadangkan agar individu berkenaan membuat laporan berhubung isu tersebut ke pihak berkuasa atau peringkat yang lebih tinggi.

Sama Macam Kes Aku, Korek Punya Korek Rupanya Cikgu Kaunseling Dah Sebar Aib

Kalau Aku, Aku Akan Report Nama Pengetua Kepada Pihak Atasan Sebab Bersubahat & Sorokkan Info Dari Penjaga

Lapor Polis Je Senang, Biasa Sekolah Ini Akan Simpan Kes

Pengetua Yang Sibuk Nak Jaga Nama Sekolah & Cikgu Sampai Murid Trauma

Jangan Malu, Jangan Segan, Bagitau La Sini Sekolah Mana, Cikgu Yang Mana

Baca Artikel Berkaitan: Mangsa Buli Cenderung Alami PTSD – Pakar

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Kes Buli Di Taman Melawati, Pelajar Dibelasah Kerana Tidak Hormat Senior -Polis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.