fbpx
Now Reading
Mangsa Buli Cenderung Alami PTSD – Pakar

Mangsa Buli Cenderung Alami PTSD – Pakar

Gangguan stress pascatrauma (PTSD) merupakan keadaan kesihatan mental yang disebabkan oleh peristiwa dan pengalaman atau menyaksikan perkara yang sangat menakutkan atau mengerikan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, kes buli khususnya dalam kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi. Perbuatan buli boleh memberikan kesan yang negatif terutama kepada kesihatan mental mangsa.

Malah, kesan itu boleh menjadi lebih teruk apabila mangsa mula mengalami tekanan dan bertindak menyerang orang lain di sekelilingnya.

Sekiranya keadaan menjadi lebih serius, mangsa buli berpotensi juga mengalami gangguan stress pascatrauma (PTSD) selain menghadapi kemurungan, kebimbangan dan serangan panik.

Pakar Dakwa Mangsa Buli Boleh Alami PTSD

Menurut Pakar Perunding Psikiatri Mahkota Medical Centre Dr. David Yeoh Boon Beng, mangsa buli boleh mengalami tekanan dan gangguan pada mental mereka.

Gangguan ini dipengaruhi oleh tindakan buruk seperti buli yang boleh memberi kesan kepada sikap dan tingkah laku mangsa terutamanya jika tindakan itu berlaku bagi tempoh yang lama.

“Selalunya mangsa buli ini juga akan mengalami perubahan seperti tiada mood, tak lalu makan, kurang atau tidak bergaul dengan rakan sebaya malah mengalami mimpi buruk ketika sedang tidur,” kata beliau.

Tambah beliau lagi, perubahan sikap ini sukar untuk dinilai dan ditentukan kerana tiada ukuran yang jelas. Namun, kebiasaannya ia boleh terjadi selepas beberapa minggu atau bulan individu itu menjadi mangsa buli.

Semua Pihak Perlu Memainkan Peranan Penting Atasi Masalah Buli

Bagi beliau, semua pihak terutamanya ibu bapa dan masyarakat perlu peka dan cakna terhadap perubahan sikap mangsa buli dan perlu menghulurkan bantuan dan sokongan kepada mereka.

“Ibu bapa perlu berbincang dengan anak mereka jika tahu dia menjadi mangsa buli di sekolah. Perjumpaan dengan guru juga perlu dilakukan agar perkara berkenaan tidak berulang sehingga boleh menjejaskan kesihatan mental anak-anak,” ujar beliau.

Malah, beliau turut menasihatkan agar mangsa buli mendapatkan rawatan terapi daripada pakar perubatan bagi tujuan pemulihan.

“Mangsa juga perlu menjalani rawatan terapi dengan pakar perubatan sehingga dia sendiri dapat berdepan masalah dihadapinya,” ujar beliau lagi.

Untuk info, PTSD merupakan keadaan kesihatan mental yang disebabkan oleh peristiwa dan pengalaman atau menyaksikan perkara yang sangat menakutkan atau mengerikan.

Antara gejala PTSD adalah seperti berikut:

  • Mengelak fikir trauma yang lepas
  • Tidak boleh fokus
  • Asyik terbayang-bayang
  • Pemikiran negatif
  • Moody
  • Hilang rasa minat
  • Susah tidur
  • Mimpi ngeri
  • Rasa bersalah atau malu

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami PTSD, anda boleh mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan berdekatan. Jika keadaan menjadi lebih teruk, anda akan dirujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan pakar.

Baca Artikel Berkaitan: Bapa Dedah Remaja Cekik Adik Hingga Maut Rupanya Jadi Mangsa Buli Di Sekolah Sejak Tingkatan 1, Sering Meracau

Baca Artikel Berkaitan: “Bila Nak Habis Gejala Buli Ni?” – Netizen Berang Pelajar Buli & Jadikan Rakan Punching Bag

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.