fbpx
Now Reading
Tular Insiden Remaja Dipukul & Ditendang, Dua Pelajar Sekolah Ditahan Polis [Video]

Tular Insiden Remaja Dipukul & Ditendang, Dua Pelajar Sekolah Ditahan Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Sarawak, kertas siasatan akan dibawa ke Pengarah Pendakwaan Negeri Sarawak dan Jabatan peguam Negara bagi arahan selanjutnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kejadian buli dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan pelajar sekolah. Walaupun telah beberapa kali kes seperti ini mendapat liputan daripada media, namun masih ada lagi segelintir daripada pembuli yang tidak insaf dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

Baru-baru ini, tular video kejadian buli yang dipercayai berlaku di hadapan sebuah sekolah di Kota Samarahan, Sarawak.

Menerusi video yang tular itu, kelihatan seorang remaja lelaki dipukul beberapa orang pelajar sebelum ditendang oleh seorang pembonceng motosikal.

Walau bagaimanapun, pembuli-pembuli berkenaan dilihat melarikan diri selepas bertindak sedemikian sebelum beberapa orang pelajar lain kemudiannya membantu mangsa.

Dua Suspek Berusia 16 & 17 Tahun Ditahan

Susulan daripada ini, Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superitendan Brodie Brangka mengesahkan dua orang remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun telah ditahan pada 29 November kira-kira jam 10.00 pagi.

Penangkapan itu dibuat sebaik mangsa membuat laporan polis pada jam 1.08 pagi hari yang sama.

“Bertindak atas maklumat, pada 29 November 2023 kira-kira jam 10.00 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Samarahan telah menjalankan tangkapan terhadap dua suspek utama yang terlibat iaitu remaja berumur 16 tahun dan 17 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kertas Siasatan Telah Dibuka, Kes Disiasat Dibawah Seksyen 233 & Seksyen 506 Kanun Keseksaan

Menurut Brodie, satu kertas siasatan berhubung insiden berkenaan telah dibuka. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 233 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaaan.

“Satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan yang mana jika sabit kesalahan, membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Manakala Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah pula memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya sekali,” katanya lagi.

Tambah beliau, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan kertas siasatan akan dibawa ke Pengarah Pendakwaan Negeri Sarawak dan Jabatan peguam Negara bagi arahan selanjutnya.

Malah, Brodie turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menularkan sebarang komen negatif di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran.

Posted by Polis Daerah Kota Samarahan on Wednesday, 29 November 2023

Terdahulu, insiden tersebut tular di media sosial selepas video berkenaan dimuat naik menerusi akaun Facebook Borneo.

Video yang dimuat naik pada 28 November itu nyata mengundang kemarahan warganet. Rata-rata geram dengan tindakan sekumpulan pelajar yang bertindak mengasari serta menendang remaja lelaki terbabit.

Malah, ada yang hairan dan pelik dengan sikap remaja pada masa kini yang dilihat mudah untuk memukul orang lain tanpa mengira kesan perbuatan mereka itu.

Kota Samarahan: Kejadian buli melibatkan pelajar sekolah menengah dipercayai berlaku di padang bola bersebelahan SMK Kota Samarahan

Posted by Borneo on Tuesday, 28 November 2023

Baca Artikel Berkaitan: Lima Bekas Pelajar Diarah Bayar RM616,634 Kerana Buli Rakan Sekolah Hingga Pekak

Baca Artikel Berkaitan: Kes Buli MCKK: KPM Tegas Tiada Kompromi Dalam Kes Buli & Gangguan Seksual

Baca Artikel Berkaitan: “Biarlah anak VIP atau VVVIP Mana Sekalipun, You Touch You Go!”- MARA Tidak Kompromi Kes Buli

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.