fbpx
Now Reading
“Biarlah anak VIP atau VVVIP Mana Sekalipun, You Touch You Go!”- MARA Tidak Kompromi Kes Buli

“Biarlah anak VIP atau VVVIP Mana Sekalipun, You Touch You Go!”- MARA Tidak Kompromi Kes Buli

Kenyataan yang dibuat oleh Asyraf dipercayai ada kaitan dengan insiden buli yang tular melibatkan pelajar sekolah asrama penuh di Kuala Kangsar, Perak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kejadian buli yang melibatkan pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak nyata menjadi perhatian ramai.

Ia mula menjadi tular selepas ahli keluarga mangsa membuat pendedahan di media sosial berhubung kejadian tersebut ekoran tidak puas hati dengan hukuman yang dikenakan terhadap pembuli.

Ekoran daripada ini, Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying, mendedahkan bahawa siasatan sedang dijalankan dan berharap agar waris mangsa bersabar.

Malah, beliau turut menegaskan bahawa KPM tidak akan berkompromi dengan kes buli dan gangguan seksual melibatkan pelajar sekolah.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Buli MCKK: KPM Tegas Tiada Kompromi Dalam Kes Buli & Gangguan Seksual

MARA Tetap Pendirian Dalam Menangani Kes Buli Tanpa Kira Status Pelajar

Terbaharu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, juga memberi jaminan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dengan kes buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Menurut beliau, pihaknya tidak akan menutup sebarang perilaku curang yang dilakukan oleh mana-mana pelajar tanpa mengira status atau latar belakang pihak yang terlibat.

“Maaf, MARA tidak akan sesekali berkompromi dengan apa jua bentuk kes buli di MRSM, jauh sekali untuk menutup sebarang perilaku curang.

“Biarlah anak VIP atau VVVIP mana sekalipun, you touch you go (anda buli, anda akan disingkir),” tulis beliau menerusi satu hantaran di Facebook.

Meskipun tidak mengulas secara terperinci, kenyataan yang dibuat oleh Asyraf dipercayai ada kaitan dengan insiden buli yang tular melibatkan pelajar sekolah asrama penuh di Kuala Kangsar, Perak.

Maaf MARA tidak akan sesekali berkompromi dengan apa jua bentuk kes buli di MRSM, jauh sekali untuk menutup sebarang perilaku curang. Biarlah anak VIP atau VVVIP mana sekalipun, you touch you go!

Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Wednesday, 8 November 2023

Warganet Setuju & Beri Sokongan Penuh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dan menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap apa yang dinyatakan oleh beliau menerusi hantaran tersebut.

Kebanyakan warganet mengharapkan agar pihak MRSM mengurus dan menangani kes buli dengan sebaiknya tanpa mengira latar belakang atau status pelajar terlibat.

Terdahulu, media melaporkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MCKK membuat laporan polis bagi mengambil tindakan terhadap pihak yang mendedahkan insiden buli tersebut.

Ini kerana pendedahan itu dianggap sebagai memberi imej yang buruk kepada institusi pendidikan itu.

Malah, kejadian buli itu juga kini disiasat polis mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan.

Berikut antara komen warganet:

Alhamdulillah, Terbaik Dr. Asyraf

Itulah Yang Sebaiknya, Bukan Sorok Bawah Karpet!

Terbaik Dr! Sokong Penuh

Saya Amat Menyokong Tindakan Datuk

Baca Artikel Berkaitan: Kes Buli MCKK : PIBG Buat Laporan Polis, Mahu Ambil Tindakan Terhadap Pihak Tularkan Insiden

Baca Artikel Berkaitan: PIBG MCKK Kesal Tindakan Pihak Sebarkan Kes Buli

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.