Ibu Bapa Sanggup Tipu Pendapatan Jadi Golongan B40 Kerana Mahu Anak Masuk MRSM
Menurut Pengerusi MARA, dasar MRSM masih mengikhtiraf dan menerima pelajar-pelajar cemerlang dalam ujian UKKM dari kalangan T20 dan M40, cuma kuota mereka tidak sebanyak B40.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Majlis Amanah Rakyat (MARA) kesal apabila masih ada segelintir ibu bapa yang sanggup menipu pendapat hanya kerana ingin anak mereka diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ada ibu bapa yang sanggup menipu dengan meletakkan pendapatan dalam kategori B40 untuk memastikan anak mereka mendapat manfaat pendidik terbabit.
Beri kesan kepada anak kerana belajar tanpa keberkatan
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Asyraf di akaun Facebook miliknya semalam (20 Disember), beliau berkata tindakan sedemikian memberi kesan kepada anak mereka kerana belajar dalam keadaan tiada keberkatan.
“Usahlah menipu pendapatan hanya untuk dikategorikan sebagi B40 supaya anak diterima MRSM.
“Kesian kepada anak-anak yang belajar dalam keadaan tiada keberkatan akibat mengambil hak orang miskin yang lain,” katanya.
Raih pelbagai pandangan daripada netizen, ada yang ingin kasta pendapatan dimansuhkan
Hantaran tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook termasuk ada yang mahu pihak pengurusan MARA untuk memansuhkan kasta pendapatan dan hanya mengambil pelajar mengikut merit ditetapkan.
Malah, ada juga segelintir netizen yang beranggapan MARA hanya memberi fokus terhadap anak-anak daripada golongan B40 sahaja tanpa melihat dan menilai kelayakan pelajar cemerlang dari M40 atau T20.
MRSM masih mengikhtiraf pelajar cemerlang dari kalangan T20 dan M40
Susulan itu, Asyraf menerusi ruangan komen menjelaskan bahawa dasar MRSM masih mengikhtiraf dan menerima pelajar-pelajar cemerlang dalam ujian UKKM dari kalangan T20 dan M40.
Namun jelasnya, kuota bagi golongan-golongan tersebut dihadkan tidak melebihi 40% kerana selebihnya adalah untuk para pelajar dari kategori keluarga B40.
“Adalah penting untuk integrasi pelajar wujud dikalangan mereka latar belakang golongan sederhana, miski dan T20. Malah realitinya keluarga T20 jugalah yang banyak membantu dan mensubsidi aktiviti Muafakat (PIBG) dan program-program tambahan bagi pembagunan pelajar di MRSM.
“Yang penting mereka ini layak dan tidak menipu status pendapatan terutamanya yang tiada slip gaji dan bekerja sendiri,” jelasnya.