fbpx
Now Reading
Bomoh Ular Di Indonesia Maut Dipatuk King Cobra Ketika Membuat Persembahan [Video]

Bomoh Ular Di Indonesia Maut Dipatuk King Cobra Ketika Membuat Persembahan [Video]

Menurut ketua sebuah pertubuhan persaudaraan, Pagubayan Seni Cisarua, mangsa dipatuk ular tedung di bahagian lengan kirinya ketika melakukan persembahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malang menimpa seorang bomoh ular di Indonesia apabila meninggal dunia selepas dipatuk ular tedung selar semasa membuat persembahan di majlis sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-78 negara itu di Desa Cisarua, Jawa Barat pada Jumaat lalu (18 Ogos).

Menurut Kosmo yang memetik Serambinews, bomoh ular yang dikenali sebagai Rosandi Maulana, 63, itu melakukan persembahan tanpa memakai baju bersama seekor ular tedung sepanjang 3.5 meter dan berat lapan kilogram (kg) di hadapan penonton.

Difahamkan, Rosandi yang juga dikenali sebagai Bah Kobra itu terus tunduk memberi salam kepada penonton selepas dipatuk ular sebelum berlalu pergi.

Bomoh ular terbaring dan alami kesukaran bernafas

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu tular video kelihatan dia sedang terbaring dan mengalami kesukaran bernafas.

Ada individu yang kemudiannya menghubungi pasukan perubatan sebelum ambulans tiba di tempat kejadian untuk mengambil mangsa dan menghantarnya ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan.

Pun begitu, Rosandi gagal diselamatkan dan disahkan telah meninggal dunia.

Dipatuk king cobra di lengan kiri

Sementara itu, ketua sebuah pertubuhan persaudaraan, Pagubayan Seni Cisarua yang dikenali sebagai Andrian Saputra memaklumkan Rosandi dipatuk ular di bahagian lengan kirinya ketika melakukan pertunjukkan.

Jenazah mangsa telah dikebumikan di tanah perkuburan Desa Cisarua pada Sabtu (19 Ogos).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.