fbpx
Now Reading
Gara-Gara Abang Tesla, Anak Tercengang Kena Bebel Dengan Mak Siap Pesan Jangan Kahwin Dua [Video]

Gara-Gara Abang Tesla, Anak Tercengang Kena Bebel Dengan Mak Siap Pesan Jangan Kahwin Dua [Video]

Menerusi video awalnya budak lelaki itu ingin keluar untuk membeli roti, namun pesanan tegas ibunya membuatkan dia tercengang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, hangat di media sosial apabila ramai yang membincangkan tentang kisah tular mengenai influencer, Abang Tesla yang sudah berkahwin dua selepas mendapat restu dari isteri pertamanya.

Video itu secara tidak langsung telah membuatkan para wanita diluar sana khususnya kaum isteri panas hati sehingga melepaskan kemarahan kepada pasangan masing-masing agar tidak melakukan hal yang sama.

Anak turut jadi sasaran bebelan si ibu

Namun berbeza dengan seorang wanita apabila anak lelakinya turut menjadi sasaran bebelannya gara-gara geram dengan tindakan Abang Tesla yang berkahwin dua.

Menerusi video yang dikongsikan oleh The Mama Sempoi, awalnya kelihatan anak lelaki yang dipercayai masih bersekolah ingin ke kedai untuk membeli roti dengan menaiki basikalnya.

Baru nak keluar beli roti, ibu dah pesan besar nanti jangan kahwin banyak

Namun belum sempat anaknya itu ingin keluar dari pagar, si ibu tiba-tiba memanggilnya dan memberi pesanan untuk berhati-hati ketika membeli roti sebelum menyelitkan amaran ‘jangan berkahwin dua atau tiga apabila sudah besar’ dengan nada yang tegas.

“Adik, kau pergi beli roti tu molek-molek (elok-elok) sikit eh. Kau ingat sikit eh, kau besar nanti jangan nak kahwin dua, tiga.

“Kalau kau kahwin dua, tiga aku cincang kau 14,” kata wanita itu yang bergurau namun dalam nada tegas.

Anak kelihatan tercengang bila ibu pesan jangan kahwin lain

Namun apa yang mencuit hati kelihatan wajah anaknya itu yang bingung dan tercengang dengan pesanan ibunya itu.

Malah dia turut mengangukkan kepalanya menandakan dia dengar apa yang dipesan oleh si ibu sambil menutup pintu pagar dengan muka yang pelik.

“Kau jangan main-main dengar aku cakap ya, aku yang beranakkan kau. Dengar cakap mama ni!” tulisnya di kapsyen.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama namun ramai tahu video tersebut berkaitan dengan kisah Abang Tesla yang berkahwin dua, memandangkan dia menggunakan muzik latar yang diambil dari video tersebut.

@themamasempoi

Ko jangan main2 dgr aku ckap ye. Aku yg beranak kan ko dgr cakap mama ni!

♬ original sound – ABG.TESLA

Ramai terhibur lihat reaksi anak tercengang

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan reaksi yang diberikan oleh budak lelaki tersebut.

Malah ada segelintir para ibu yang turut mengakui mereka juga telah berpesan kepada anak-anak lelaki agar jangan berkahwin lebih dari satu.

“Bukan suami je kena, dah sampai anak pun kena dah ni”

“Laa ingat suami-suami je kena.. rupa-rupanya anak lelaki tempias sekali..”

“Mesti ayah dia sebelah tu, biasalah mak-mak punya seni perli ni lain sikit pusingnya. Anaklah tempat paling ngam nak luah”

“Anak lelaki aku 10 tahun pun aku dah pesan macam tu, selagi mama hidup jangan kau bermimpi nak kahwin banyak”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.