fbpx
Now Reading
Kecewa & Potong Kemaluan, Suami Tuntut Ganti Rugi RM167,000 Pada Isteri

Kecewa & Potong Kemaluan, Suami Tuntut Ganti Rugi RM167,000 Pada Isteri

Defendan yang merupakan ibu kepada dua orang anak meminta agar kes itu diringankan serta sudi menjaga suaminya jika dimaafkan oleh lelaki tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara bertindak memotong kemaluan, seorang wanita di Indonesia dituntut oleh suaminya untuk membayar pampasan sebanyak Rp550 juta (RM167,000) kepada mangsa.

Perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Daerah Pengadilan Negeri Solo itu turut dihadiri oleh defendan dan juga mangsa.

Namun perbicaraan mengenai bayaran balik yang dituntut oleh mangsa bagaimanapun perlu dirujuk kepada Pendakwa Raya (JPU) dan juga Agensi Perlindungan Saksi dan Mangsa (LPSK).

Tuntut RM167,000 untuk kos rawatan alat sulit di luar negara

Suami kepada wanita berkenaan telah menuntut sebanyak Rp550 juta (RM167,000) untuk digunakan sebagai kos rawatan alat sulitnya di luar negara, lapor Detik.com.

Peguam yang mewakili mangsa, Aji Mastoto memaklumkan dia menjadi peguam mangsa selepas perbicaraan yang pertama dan menjelaskan tuntutan bayaran balik itu dilakukan kerana mangsa hilang keupayaan seumur hidup sehingga menyebabkan lelaki itu mengalami kerugian yang besar.

“Apabila keputusan dah selesai, saya akan menyerahkan surat ke bahagian LPSK. Ini kerana tempoh masa adalah 6 bulan dan bukan 3 bulan,” ujarnya selain turut memaklumkan langkah undang-undang sivil juga akan di ambil.

Minta agar kelonggaran dalam pengendalian kes, isteri turut alami tekanan lepas kahwin dengan suami

Dalam pada itu, isteri kepada mangsa meminta agar kelonggaran dalam pengendalian kes tersebut selepas peguam defendan, Asri Purwanti menyatakan wanita itu alami tekanan selepas berkahwin dengan suaminya.

“Memang ada perasaan kecewa daripada anak guam kami, tetapi tidak mengapa, asalkan mereka tidak bercerai.

“Yang penting mereka boleh hidup bersama. Selepas bertemu ibu bapa kepada mangsa harapan mereka adalah untuk hidup dan berniaga bersama-sama,” ujarnya selain turut memaklumkan defendan telah dihubungi untuk pulang ke Solo dari Bali untuk menyelesaikan hutang.

Bercerai sehingga menyebabkan berlaku kes potong kemaluan

Namun apabila pulang ke Solo dan bertemu dengan suami, mereka kemudian bercerai sehingga menyebabkan berlakunya kes potong kemaluan.

“Saya harap pihak pendakwa mempunyai belas kasihan, bahawa defendan adalah seorang wanita dan mempunyai dua anak sebagai tulang belakang.

“Ia salah, tetapi perlu ada keringanan kerana defendan mahu menjaga suaminya sekiranya dimaafkan dan ingin membuat perjanjian damai jika diringankan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.