fbpx
Now Reading
Pencuri Menjerit Selepas Ditakutkan Oleh Tuan Rumah Dengan Ular

Pencuri Menjerit Selepas Ditakutkan Oleh Tuan Rumah Dengan Ular

Menerusi video tersebut, kedengaran jeritan pencuri berkenaan yang ketakutan ketika lelaki berbaju merah jambu itu menunjukkan ular yang dipegangnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kita sering kali diingatkan untuk melakukan kebaikan bukan hanya kerana ia adalah satu amalan mulia bahkan orang sekeliling juga akan sentiasa berbuat baik.

Namun sekiranya individu itu melakukan kejahatan ia perlulah ditegur atau melaporkan kepada pihak berkuasa agar hukuman yang seadilnya boleh diberikan sebagai pengajaran.

Niat pencuri tak kesampaian untuk menceroboh rumah, sebaliknya menjerit ketakutan

Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh seorang tuan rumah di Aceh, Indonesia ini apabila dia bertindak mengurung pencuri yang cuba memecah masuk ke rumahnya bersama ular sehingga membuatkan dia menjerit ketakutan.

Memetik laporan Tribunnews, pencuri itu awalnya ditangkap sebelum dikurung di dalam sebuah bilik.

Tuan rumah takutkan pencuri guna ular

Tuan rumah kemudian cuba menakut-nakutkan individu berkenaan dengan menggunakan ular.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan seorang lelaki memakai baju merah jambu tersebut berdiri di hadapan pintu bilik yang tertutup dan menunjukkan ular pada pencuri itu dari bahagian atas pintu.

Kedengaran suara pencuri menjerit mengetuk pintu seperti ingin keluar

Mungkin takut dengan haiwan tersebut, pencuri itu kemudian menjerit seperti meminta pertolongan agar diri dilepaskan dari bilik tersebut dengan mengetuk pintu berkenaan.

Walau bagaimanapun, ular itu tidak dilepaskan oleh lelaki berkenaan dan kelihatan dia ketawa selepas melihat reaksi pencuri tersebut.

@akuratco

Viral! Seorang maling berhasil diamankan warga dan ditakut-takuti ular. #fyp #viral #tiktokberita

♬ original sound – Akuratco – Akuratco

Namun tidak diketahui sama ada reptilia yang dipegang lelaki berkenaan untuk menakutkan pencuri tersebut tidak diketahui adalah ular betul atau sekadar mainan.

Menjengah di ruangkan komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut malah turut ada yang meminta rakaman selepas kejadian itu berlaku.

“Lebih baik dibuat begitu”

“Nak tahu masa pencuri dah keluar”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.