fbpx
Now Reading
“Amat Jangal Halang PM Islamkan Saudara Baharu”- Dr Zulkifli Ulas Isu Anwar Ibrahim Islamkan Pemuda Di Klang

“Amat Jangal Halang PM Islamkan Saudara Baharu”- Dr Zulkifli Ulas Isu Anwar Ibrahim Islamkan Pemuda Di Klang

Dr Zulkifli menyokong sekiranya ada pemimpin negara atay negeri yang mengislamkan seorang individu sekiranya mereka secara sukarela dan tanpa paksaan untuk memeluk Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengislamkan seorang pemuda berbangsa India di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang.

Perkara itu telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak termasuklah pemimpin Islam dan juga bukan Islam baik ahli politik serta beberapa pertubuhan lain.

Ada yang bersetuju dan ada juga yang mempersoalkan tujuan Anwar mengislamkan saudara baharu itu. Ini kerana ia dilihat terkeluar skop beliau sebagai seorang Perdana Menteri.

Dr Zulkifli perjelas isu Anwar Ibrahim Islamkan mualaf

Sehubungan itu, Bekas Menteri Agama Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah tampil untuk memberi penjelasan secara terperinci mengenainya.

Jelasnya, beliau telah dihubungi oleh mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu itu dalam rancangan podcast Keluar Sekejap.

Namun beliau merasakan ia perlu diperjelaskan dengan lebih luas, mendalam dan berfakta mengenai isu terbabit.

Tiada paksaan dalam memeluk agama Islam

Menurutnya sejak awal Islam, Rasulullah SAW tidak pernah memaksa mana-mana muslim untuk memeluk Islam, malah para sahabat memeluk agama Islam atas kemahuan mereka sendiri tanpa ada sedikit paksaan.

Ini kerana pemakasaan merupakan sesuatu yang bertentangan di dalam prindip dasar Islam.

ا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ

Maksudnya: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).”

Hak mengislamkan seseorang individu

Dr Zulkifli dalam masa sama turut menerangkan mengenai hak mengislamkan seseorang dari sudut hukum syarak di mana pengislaman dilaksanakan oleh pihak berautoriti, kepimpinan utama dan tertinggi.

“Dalam konteks Malaysia, hak dan kuasa tersebut telah berpindak kepada Majlis Agama Islam, atau Jabatan Agama Islam sebagaimana yang tertera dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam sebagaimana yang tertera dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 Bahagian IX- Masuk Islam bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, begitu juga dalam enakmen bagi negeri-negeri dan ordinan bagi Wilayah Sarawak.

“Menjadi kelaziman juga para imam, pendakwah dan asatizah untuk mengislamkan saudara baharu,” tulisnya dipetik Al-Mawaqif yang merupakan blog rasmi Dr Zulkifli.

Terdapat pihak menyoal mengislamkan individu bukan tugas perdana menteri

Selain itu beliau turut menjelaskan mengenai terdapat segelintir pihak yang mengatakan tugas untuk mengislamkan seseorang bukan tanggungjawab perdana menteri.

Katanya pengamalan dan pengukuhan ajaran serta dakwah Islam perlu diberi keutamaan oleh kerajaan.

“Jika peruntukan perbelanjaan pun sudah diakui perlembagaan, apatah lagi melaksanakan pengislaman yang cuma memerlukan seorang perdana menteri mengajarkan kalimah syahadah kepada individu berkenaan bagi meraikan hak berkenaan dalam perlembagaan?

“Dengan menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan mahupun syariat agama Islam, adalah amat janggal bagi seseorang perdana menteri yang:

  1. Beragama Islam
  2. Menjadi Ketua Negara di sebuah negara yang secara perlembagaannya meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan;
  3. Dilantik pula oleh Yang di-Pertuan Agong yang merupakan Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan;
  4. Berhak mendapat nasihat daripada Mufti Wilayah Persekutuan dari sudut Hukum Syarak dan nasihat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dari sudut tadbir urus hal ehwal Islam.

“Terhalang untuk mengamalkan ajaran agamanya yang membenarkan beliau mengislamkan seseorang individu. Maka, hujah untuk menyatakan “ia bukan kerja Perdana Menteri” adalah tertolak sama sekali.”

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli

Tak wajar tangguhkan atau lewat-lewatkan individu yang nak masuk Islam

Malah beliau mengatakan jika terdapat permintaan individu untuk masuk Islam, adalah tidak wajar perkara itu ditangguhkan selain berdosa jika dilambat-lambatkan.

Iman al-Nawawi menjelaskan:

“Jika seorang kafir ingin masuk ke dalam Islam, maka hendaklah disegerakan dan jangan menundanya untuk mandi terlebih dahulu. Sebaliknya, wajib menyegerakan pemelukan Islam dan diharamkan sekeras-kerasnya untuk menangguhkannya atas tujuan untuk mandi terlebih dahulu dan tujuan lain. Jika seorang Muslim diminta untuk mengislamkan seseorang, amat diharamkan baginya untuk meminta ditangguhkan memeluk Islam untuk mandi terlebih dahulu. Sebaliknya perlu mendorongnya untuk menyegerakan pengislaman. Ini adalah yang benar dan tepat sebagaimana kata majoriti para ulama.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2/154)

Beliau sementara itu, turut menyokong jika ada pemimpin negara mahupun negeri yang mengislamkan seorang individu yang secara sukarela tanpa paksaan untuk memeluk Islam.

PM terdahulu juga pernah Islamkan saudara baharu

Bukan hanya itu, Dr Zulkifli turut berkongsi bahawa beberapa pemimpin negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir juga pernah melakukan hal yang sama.

“Tunku Abdul Rahman pernah melakukannya pada tahun 1973. Tun Dr Mahathir pernah juga beberapa kali mengislamkan saudara baharu semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri (1978) mahupun selepas beliau bersara,” ujarnya selain berharap agar isu ini tidak dipolemikkan oleh mana-mana pihak untuk kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.

Terdahulu penceramah dan pendakwah, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani turut menyokong dan mempertahankan tindakan PM mengislamkan saudara baharu. Meskipun berlainan fahaman politik beliau berpendapat tindakan beberapa individu yang mengkritik Anwar disebabkan perkara itu sebagai biadap kerana menyentuh sensitiviti umat Islam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.