fbpx
Now Reading
Sindiran Nota Dari Ibu & Isteri Yang Geram Rumah Bersepah Buat Ramai Boleh ‘Relate’ [Video]

Sindiran Nota Dari Ibu & Isteri Yang Geram Rumah Bersepah Buat Ramai Boleh ‘Relate’ [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan wanita berkenaan telah meninggalkan nota sindirinnya itu dibeberapa bahagian rumah seperti dapur, bilik air dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi seorang isteri dan ibu bukanlah suatu tanggungjawab yang mudah apatah lagi jika mereka seorang yang bekerjaya.

Ini kerana, selain mempunyai tanggungjawab pada pekerjaan hakiki mereka juga perlu menguruskan rumah seperti memasak, mengemas dan memastikan rumah berada dalam keadaan yang baik dan teratur.

Namun tidak dinafikan dalam menguruskan rumah ia perlulah dilakukan bersama-sama dengan suami dan anak-anak agar mereka tidak terbeban dengan perkara itu.

Geram rumah bersepah wanita tinggalkan nota sindirin buat suami dan anak

Baru-baru ini, seorang wanita yang dipercayai merupakan seorang ibu dan isteri yang memerli ahli keluarganya dengan meninggalkan beberapa nota sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Weet Abd, kelihatan dia meluahkan rasa geramnya dipercayai kepada suami dan anak-anak apabila mereka sering membiarkan rumah berada di dalam keadaan yang tidak kemas.

Dalam video itu, jelas terpampang beberapa nota atau memo yang ditulis secara sinis meminta pakaian yang sudah dibasuh tidak perlu dijemur dan sebaiknya ia dipakai dalam keadaan yang basah memandangkan Malaysia mempunyai suhu yang panas.

Ia kemudian diikuti beberapa lagi nota antaranya tentang rumah berdebu dan lain-lain lagi.

“Kain tak payah sidai biar pakai basah-basah.. Malaysia kan panas, okay lah pakai baju basah.

“Baju (pakaian) dah kering tak payah angkat nanti biar baju tu jalan sendiri masuk bakul.

“Rumah tak perlu sapu biar debu dan berhabuk baru nampak macam rumah hantu,” tulisnya lagi.

Tampal sindirin di beberapa tempat

Difahamkan nota tersebut turut ditampal di beberapa kawasan seperti lantai, bilik air dan banyak lagi.

Selain itu, dia turut menyindir mengenai perkakas dapur seperti pinggan, mangkuk dan cawan yang tidak dibasuh dan meminta ia hanya dibiarkan sahaja di dalam sinki serta tidak perlu dibasuh agar boleh digunakan semula.

“Pinggan, mangkuk, cawan dan kuali biar je dalam sinki nanti umi masak guna semula, pinggan makan guna balik.

“Tak perlu membazir air,” perlinya lagi.

@weetabd

geram

♬ Funny – Gold-Tiger

Melihat di ruangan komen rupanya ramai para isteri dan ibu yang bersetuju dengan sindiran wanita tersebut selain menyatakan mereka juga boleh ‘relate’ kerana berdepan perkara yang sama.

Malah ada yang turut menambah sindiran itu mengenai sampah dan suis elektrik yang tidak ditutup.

“Jangan lupa, kain pelekat biar saja jadi bulatan dekat lantai nanti nak pakai semula hanya masuk dalam bulatan kemudian tarik naik ikat dekat pinggang tu”

“Bekas Milo, gula, keropok tak payah tutup elok-elok. Semut masuk kita makan je semut tu protein”

“Baca komen dalam ni ternyata aku tak keseorangan”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.