
“Nombor Plat Paling Kecil Di Dunia” – Mat Motor Guna Plat Fancy Undang Perhatian
Motor itu antara yang ditahan dan disaman oleh JPJ ketika Operasi Khas Motosikal yang dilaksanakan pada 2 September 2023 di LRT Puchong Perdana.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja tentang penunggang motosikal terutamanya ‘Mat Motor’, pasti antara kita terbayang motosikal milik mereka berbeza dengan yang biasa dilihat di jalan raya.
Ini kerana kebanyakan daripada golongan ini gemar mengubah suai motosikal dan yang paling biasa dilihat adalah penggunaan nombor pendaftaran yang ‘fancy’.
Jika diteliti semula, pelbagai jenis penggunaan nombor pendaftaran yang pelik dapat dilihat. Ada di antara mereka yang menggunakan huruf terlampau rapat dan berkilat seperti cermin, malah ada juga yang menggunakan huruf terlalu kecil sehingga sukar dilihat dengan mata kasar.
Nombor Pendaftaran Paling Kecil Di Dunia
Baru-baru ini, kecoh di laman Facebook mengenai sebuah motor yang menggunakan nombor pendaftaran terlampau fancy.
Menerusi grup Facebook Warga Puchong, satu hantaran yang beserta gambar nombor pendaftaran tersebut telah dimuat naik.
Gambar yang dikongsikan itu nyata menarik perhatian ramai. Ini kerana saiz nombor pendaftaran motor tersebut terlalu halus dan kecil hingga sukar untuk dilihat.
“Nombor plat paling kecil di dunia,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ditahan Ketika Operasi Khas JPJ
Difahamkan, motor itu antara yang ditahan dan disaman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika Operasi Khas Motosikal yang dilaksanakan pada 2 September 2023 di LRT Puchong Perdana.
Operasi khas itu bertujuan bagi melatih masyarakat mengenai pematuhan undang-undang serta memupuk rasa bersalah apabila melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah – Kaedah di bawahnya khususnya kesalahan yang menjadi punca utama kepada kemalangan maut.
[JPJ LANCAR OPERASI KHAS MOTOSIKAL TAHUN 2023] Puchong Selangor, 2 September 2023 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)…Posted by Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia on Saturday, 2 September 2023
Rata-rata warganet hairan dengan sikap segelintir individu yang gemar menggunakan nombor plat yang terlalu halus dan kecil.
Malah, ada juga yang mengecam dan meminta pihak bertanggungjawab menyaman individu lain seperti ini yang dilihat tidak mengikut peraturan.
Tak Ada Penyakit Cari Penyakit

Baik Kau Letak QR Code Je

Boleh Didenda Jika Tidak Ikut Spesifikasi
Untuk info, menggunakan atau memasang nombor pendaftaran (nombor plat) mengelirukan, kabur dan fancy adalah merupakan satu kesalahan.
Pengguna perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Jika didapati melanggar undang-undang ini, pengguna boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM3,000 di bawah Seksyen 14(4) APJ 1987.
ADALAH SUATU KESALAHAN MEMASANG NOMBOR PENDAFTARAN (NO. PLAT) MENGELIRUKAN, KABUR ATAU ‘FANCY’ Orang ramai dinasihatkan…
Posted by Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia on Wednesday, 3 November 2021
Baca Artikel Berkaitan: Jaga-jaga! Nombor Plat Kabur & Fancy Adalah Satu Kesalahan, Pemilik Boleh Didenda Sehingga RM3,000
Baca Artikel Berkaitan: Ikon Permotoran Disaman Gara-Gara Pakai Nombor Plat ‘Fancy’ & Ubah Suai Ekzos Motosikal