fbpx
Now Reading
Kereta Undur Langgar Budak Di Puncak Alam [Video]

Kereta Undur Langgar Budak Di Puncak Alam [Video]

Difahamkan, kanak-kanak tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan stabil selepas dibenarkan keluar daripada hospital.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi seorang pemandu kereta sememangnya mudah, namun tetap harus sentiasa peka dengan keadaan di sekeliling semasa sedang memandu.

Tidak hanya itu, seorang pemandu juga perlulah ‘alert’ dengan gear yang digunakan semasa ingin memulakan perjalanan mahupun memasuki sesuatu kawasan parkir.

Hal ini kerana kejadian kereta mengundur laju semasa berada di petak parkir bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia, bahkan sehingga kini masih berlaku.

Lebih membahayakan apabila melibatkan individu lain yang menjadi mangsa dilanggar kenderaan yang mengundur laju.

Tular rakaman CCTV kereta sedang parkir mengundur laju

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan sebuah kereta yang sedang berada di dalam parkir secara tiba-tiba mengundur laju.

Menerusi perkongsian video di grup Telegram Mynewshub Viral, kelihatan kereta berwarna kuning jenis Hyundai Elantra itu sedang berada di dalam petak parkir berhadapan sebuah kedai menjual barangan haiwan.

Dalam video itu juga, dapat dilihat lampu undur di bahagian belakang kereta itu sedang menyala dipercayai kerana berada di dalam gear ‘reverse’ (R).

Secara tiba-tiba undur laju dan rempuh budak perempuan

Bagaimanapun, secara tiba-tiba kereta tersebut mengundur laju selepas pemandu membuka sedikit pintu kereta sebelum merempuh seorang budak perempuan yang sedang berdiri di kaki lima bangunan deretan kedai itu.

Beberapa orang awam yang berada di kawasan tersebut kemudiannya bergegas meminta pemandu itu mengerakkan keretanya ke hadapan untuk memeriksa keadaan kanak-kanak itu.

Turut kelihatan seorang wanita yang datang dari arah hadapan berlari sambil menangis melihat ke arah kanak-kanak perempuan itu.

Kejadian berlaku di Puncak Alam

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Deputi Superintendan Ambia Nordin berkata, insiden berlaku di hadapan sebuah kedai di Jalan Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor pada semalam (5 September).

Jelas beliau, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6.40 petang ketika kanak-kanak berusia lima tahun itu sedang berada di laluan kaki lima premis.

Tambahnya siasatan mendapati, pemandu kereta terbabit sedang dalam perjalanan mengambil anaknya dari sebuah tadika.

“Setibanya di lokasi, pemandu itu yang mengundur untuk memasuki petak parkir dipercayai tertekan pedal minyak secara mendadak sehingga mengundur laju.

“Kereta itu kemudian melanggar mangsa yang juga pejalan kaki dan pintu depan premis kedai tersebut,” katanya dipetik Kosmo.

Mangsa cedera ringan dan stabil

Menurutnya lagi, kemalangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan dan calar di bahagian muka.

Dia bagaimanapun telah dilaporkan stabil dan dibenarkan keluar daripada Hospital Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam selepas menerima rawatan, kata Ambia Nordin.

Perkara sama turut dikongsikan pemilik kedai haiwan berkenaan di Facebook.

Tiada penahan dilakukan

Mengulas lanjut, Ambia berkata tiada penahanan dilakukan terhadap pemandu berusia lingkungan 30-an itu selepas keterangan diambil pihaknya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tular CCTV Avanza undur rempuh sekumpulan individu jamu selera

Sebelum ini tular rakaman CCTV insiden hampir serupa apabila sebuah kereta Toyota Avanza mengundur laju dan merempuh beberapa individu yang sedang menjamu selera di kedai makan.

Sebagai pemandu seharusnya lebih peka dengan keadaan di sekeliling serta mahir dalam mengawal kenderaan yang dipandu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.