fbpx
Now Reading
Tular Avanza Mengundur Laju Rempuh 11 Pelanggan Jamu Selera, MBMB Pertimbang Pasang Bollard [Video]

Tular Avanza Mengundur Laju Rempuh 11 Pelanggan Jamu Selera, MBMB Pertimbang Pasang Bollard [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, beberapa pelanggan dipercayai cedera akibat pelanggaran itu namun sehingga kini tiada yang tampil membuat laporan polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) merempuh sekumpulan pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah kedai makan.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan sebuah kereta MPV jenis Toyota Avanza mengundur dengan laju sebelum melanggar 11 pelanggan termasuk kanak-kanak di kedai makan terbabit.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 2.43 kelmarin (26 Ogos) di Medan Selera Tanjung Kling, Melaka.

Remaja lelaki 16 tahun diarah oleh ibu untuk panaskan enjin kereta

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas seorang remaja lelaki berusia 16 tahun diarah oleh ibunya untuk memanaskan enjin kenderaan terbabit.

“Apabila masuk ke dalam kenderaan, remaja itu bagaimanapun tertekan pedal minyak dan mengubahnya kepada gear mengundur (R).

“MPV itu mengundur secara mengejut dan menyebabkan berlakunya perlanggaran dengan sebuah Proton Suprima S yang diparkir di sebelahnya sebelum merempuh pelanggan yang sedang menjamu selera di belakang,” katanya dipetik dari Kosmo.

Tiada mangsa insiden yang tampil buat laporan polis

Menurutnya lagi, beberapa pelanggan dipercayai cedera akibat pelanggaran itu namun sehingga kini tiada yang tampil membuat laporan polis.

“Kita percaya ada pelanggan yang cedera, tetapi tidak datang membuat laporan polis mahupun rawatan di hospital.

“Jadi kita tidak dapat sahkan berapa yang cedera atau jumlah mangsa terlibat dalam kemalangan itu,” katanya.

Berkongsi lanjut, Christopher berkata siasatan mengenai insiden itu masih diteruskan dengan bantuan CCTV di medan selera tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MBMB ingin kaji semula keperluan pembinaan bollard di kawasan tersebut

Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) turut terkesan dengan penularan rakaman CCTV insiden terbabit.

Susulan itu, MBMB akan mengkaji semula keperluan pembinaan bollard atau tonggak jalan di media selera itu bagi mengelak risiko kejadian sama berlaku lagi.

Datuk Bandarnya, Datuk Shadan Othman berkata, meskipun insiden tersebut berlaku disebabkan kecuaian manusia, namun tindakan responsif akan tetap dilakukan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.