fbpx
Now Reading
Wanita Terkejut Dapat Duit Palsu Selepas ‘Salam Kaut’ [Video]

Wanita Terkejut Dapat Duit Palsu Selepas ‘Salam Kaut’ [Video]

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @jihaaaa98, kelihatan dua keping duit RM20 yang dilukis dan diwarnakan menggunakan tangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sama seperti kaum dan bangsa yang lain, masyarakat Melayu juga turut kaya dengan kepelbagaian adat dan budaya yang sering diamalkan.

Bermula dengan amalan seharian hinggalah dalam melaksanakan majlis perkahwinan, orang Melayu mempunyai adat dan budayanya yang tersendiri.

Antara adat dan amalan yang sinonim dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu antaranya adalah seperti joget lambak, merewang dan juga salam kaut.

Salam kaut merujuk kepada saguhati atau sedekah ikhlas berbentuk wang ringgit yang diberi oleh jemputan majlis kepada tuan rumah.

Pada masa kini, amalan salam kaut dilihat seolah-olah telah menjadi satu perkara yang biasa diamalkan setiap kali memenuhi jemputan majlis perkahwinan.

Terkejut Terima Duit RM20 Yang Dilukis

Namun, seorrang wanita berdepan satu pengalaman yang berbeza sewaktu menerima wang salam kaut.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @jihaaaa98, dia mendakwa telah menerima dua keping wang palsu RM20 daripada seorang individu.

“Duduk kira-kira duit orang salam kaut kenduri semalam, tiba-tiba…” tulisnya menerusi video berkenaan.

Menjawab pertanyaan yang dikemukakan di video tersebut, dia menunjukkan dua keping duit RM20 yang dilukis dan diwarnakan menggunakan tangan.

“Ada duit baru pula ke? Advance otak orang ni, ingatkan salam tisu kosong, angpau kosong dah teruk dah.

“Ada lagi teruk rupanya,” tulisnya menerusi video berkenaan.

Malah, dia juga sempat bergurau dengan warganet menerusi ruang kapsyen sama ada wang tersebut boleh digunakan atau tidak.

‘Agak-agak bawa ke Bank Negara dapat berapa ya?” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

@jihaaaa98

agak2 bawak ke bank negara dapat berapa ya? 😆😆

♬ DJ AYAM PARGOY – Breaks Music Group

Menerusi video yang mendapat tontonan lebih 900 ribu itu, rata-rata warganet terhibur dan kagum dengan tindakan individu yang sanggup melukis wang tersebut.

Namun, kebanyakan daripada mereka berpendapat agar tuan rumah membetulkan semula niat sebenar membuat kenduri. Ini kerana bagi mereka salam kaut bukanlah satu kewajipan.

Abaikan Duit Palsu Tu Tapi Effort Dia Nak Melukis Tu

Kalau Aku Dapat, Aku Simpan Buat Kenangan, Bukan Semua Orang Dapat

Mungkin Betul Dia Tak De Duit, Mohon Halalkan Makan Minum, Kesian Pula

Kita Buat Kenduri Sebab Nak Bagi Makan Dekat Orang, Kalau Harap Orang Kasi Duit Baik Suruh Dia Makan Dekat Kedai

Segan Kalau Salam Tak Da Duit

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.