fbpx
Now Reading
Tuan Rumah Tempah Cendol Jagung Namun Tetamu ‘Demand’ Nak Macam-Macam Buat Ramai Bengang [Video]

Tuan Rumah Tempah Cendol Jagung Namun Tetamu ‘Demand’ Nak Macam-Macam Buat Ramai Bengang [Video]

Pada mulanya, kedengaran tetamu itu hanya membuat permintaan biasa seperti mengurangkan ais dan menambah sedikit jagung dalam cendol kepunyaannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika dibandingkan pada zaman dahulu, kebanyakan kenduri kahwin hanya menghidangkan makanan utama dan menjadikan bunga telur sebagai cenderahati kepada jemputan.

Seiring dengan peredaran zaman, kebanyakan tuan rumah pada masa kini akan menjamu tetamu dengan hidangan sampingan antaranya seperti laksa, kek, pastri dan cendol.

Walaupun ia dilihat seakan-akan sudah menjadi satu kemestian, namun ia juga bergantung kepada bajet tuan rumah.

Sebagai tetamu, kita seharusnya menerima hidangan yang dijamu oleh tuan rumah tanpa perlu membuat perbandingan atau menimbulkan sebarang persoalan.

Tetamu Marah, Cendol Sekadar Hanya Ada Jagung

Namun, lain pula kisahnya dengan seorang tetamu di sebuah majlis kenduri kahwin ini. Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @cendolshomemade, kedengaran seorang tetamu lelaki yang seolah-olah memarahi penyedia cendol berkenaan gara-gara tidak memenuhi permintaannya.

Pada mulanya, kedengaran tetamu itu hanya membuat permintaan biasa seperti mengurangkan ais dan menambah sedikit jagung dalam cendol kepunyaannya.

Namun, kemuncak insiden berkenaan berlaku apabila dia turut mempersoal ketiadaan bahan seperti kacang merah dan juga pulut dalam cendol tersebut walaupun telah diterangkan berulang kali oleh penyedia cendol berkenaan bahawa tuan rumah hanya menyediakan cendol dan jagung sahaja.

“Kacang tak ada eh? Pulut tak ada? Tapai tak ada?” tanya tetamu lelaki itu.

“Tuan rumah hanya order jagung sahaja,” jelas penyedia cendol itu berkali-kali.

“Kacang tak ada, pulut tak ada, tapai tak ada, hmm apalah,” kata tetamu berkenaan dengan nada yang sinis.

Respon Buat Tetamu Lain Turut Bengang

Kenyataan yang diberi oleh tetamu lelaki berkenaan nyata menarik perhatian tetamu lain yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan cendol tersebut.

Apa yang menariknya, tetamu lain itu seolah-olah memahami apa yang dirasakan oleh penyedia cendol berkenaan dan tidak berpuas hati dengan apa yang didengar olehnya.

Malah, tetamu wanita itu dilihat sempat menasihat penyedia cendol berkenaan agar menjawab dengan tegas jika berhadapan dengan perkara yang serupa.

“Cakaplah, pakcik nak tapai bawa dari rumah,” kata wanita berkenaan.

Hantaran Raih Perhatian Warganet

Video yang mendapat lebih 500 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata mengecam tindakan tetamu lelaki berkenaan yang ‘demand’ dan dilihat tidak menerima apa yang dijamu oleh tuan rumah.

Malah, ada juga yang turut berkongsikan pengalaman yang sama berhadapan dengan perangai individu seperti ini ketika bekerja.

Berikut antara komen warganet:

“Dia Lupa Ke Ye Dia Makan Free Dekat Kenduri Orang”

“Dah Cakap Tuan Rumah Order Jagung Je, Tak Faham Ke?”

“Ingat Kedai Ke? Alahai”

“Aku Kerja, Ada Ye Orang Macam Ni, Menu Dah Sebesar Alam, Yang Memang Tak Dijual, Itu La Yang Ditanya”

“Pernah Kena, Kita Dah Kongsi Rezeki, Memilih Pula, Manusia Kan, Nak Yang Sempurna Je”

“Moga Kita Menua Tak Macam Ni”

Baca Artikel Berkaitan: “Satu Berapa?”- Pergi Kenduri Kahwin, Uncle Ini Sangka Cendol Perlu Dibayar [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kisah Peniaga Cendol Ditipu Rakan RM3,000 & Dibuang Keluarga Buat Ramai Simpati

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.