fbpx
Now Reading
“Maaf Suamiku” – Pengantin Lelaki Terpaksa Bersanding Seorang Diri Kerana Isteri Masuk Hospital

“Maaf Suamiku” – Pengantin Lelaki Terpaksa Bersanding Seorang Diri Kerana Isteri Masuk Hospital

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan mendedahkan bahawa majlis akad nikah telah berlangsung lebih awal iaitu pada 11 November 2023 yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap bakal pengantin pastinya mengimpikan majlis persandingan yang berlangsung dengan sempurna.

Ini kerana ia merupakan momen dan kenangan yang berlaku sekali seumur hidup bagi kebanyakan individu.

Namun, dalam kita merancang, Allah jugalah yang menjadi penentu segalanya. Tidak semua apa yang dirancang itu menjadi kenyataan dan pasti ada hikmah di sebalik dugaan yang melanda.

Isteri Masuk Hospital, Pengantin Lelaki Bersanding Sorang-Sorang

Terbaharu, tular video seorang pengantin lelaki yang terpaksa bersanding seorang diri gara-gara isterinya dimasukkan ke hospital.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @tyazara_, dia berkongsikan suasana di mana suaminya bersanding seorang diri tanpa kehadirannya.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Fatihah Zahra, dia terpaksa membiarkan suaminya bersanding seorang diri kerana dirinya ditahan lima hari sebelum majlis persandingannya di sebuah hospital di Kuala Lumpur akibat radang paru-paru yang dialami olehnya.

Difahamkan, majlis persandingan berkenaan diadakan di Kedah.

Malah, menurut Fatihah, dia tidak menyangka akan ditahan di hospital sehingga dia tidak sempat untuk bersanding.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan mendedahkan bahawa majlis akad nikah telah diadakan lebih awal iaitu pada 11 November 2023 yang lalu.

“Maaf suamiku, terpaksa bersanding sorang-sorang,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Foto: TikTok @tyazara_
Foto: TikTok @tyazara_

Video Raih Perhatian Netizen

Video carousell yang mendapat lebih 500 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa pasangan itu dan mendoakan wanita berkenaan agar segera sembuh.

Malah, kebanyakannya turut meminta Fatihah dan suaminya untuk bersabar serta menganggap ada hikmah di sebalik dugaan yang berlaku.

Namun, ada juga segelintir mempersoalkan tindakan pasangan terbabit yang tetap meneruskan kenduri walaupun pengantin perempuan tidak dapat hadir ke majlis persandingan sendiri.

Berikut antara komen warganet:

“Kenapa Tak Tunda Tarikh Majlis”

“Kesiannya, Laki Kita Kena Tahan Wad Seminggu Sebelum Majlis Pun Kita Dah Sedih Gelisah”

“Untung Dapat Laki Macam Suami Akak, Walaupun Sanding Sorang, Tetap Semangat”

“Semoga Akak Cepat Sembuh”

“Saya Tengok Sayu Je, Tuan Punya Badan Apatah Lagi”

Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Isteri Positif Covid-19, Pengantin Lelaki Bersanding Sendirian Ditemani Laptop

Baca Artikel Berkaitan: “1 Tahun Kita Tunggu” – Lelaki Naik Pelamin Seorang Diri Gara-gara Isteri Masuk Hospital Buat Ramai Sebak [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.