fbpx
Now Reading
50 Hektar Rumput Gunung Bromo Terbakar Kerana Pasangan Ambil Gambar ‘Pre-Wedding’ Guna Flare [Video]

50 Hektar Rumput Gunung Bromo Terbakar Kerana Pasangan Ambil Gambar ‘Pre-Wedding’ Guna Flare [Video]

Menurut pihak Taman Negara Gunung Bromo, sewaktu kebawakaran mula berlaku kumpulan terbabit tidak berusaha memadakan api tersebut sebaliknya hanya membiarkan ia terbakar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan pasti akan mempunyai pelbagai perancangan sebelum majlis antaranya adalah mengambil gambar atau video pra-perkahwinan sebagai kenangan sebelum mereka disatukan.

Tidak kurang juga ada yang ingin menggunakan foto pra-perkahwinan itu sebagai salah satu prop ketika majlis perkahwinan dan sebagainya. Mereka juga turut mempunyai pelbagai tema untuk menampakkan foto itu lebih cantik dan gempak.

Gambar pra-perkahwinan bertukar jadi tragedi buruk kerana menyebabkan rumput di Gunung Bromo terbakar

Namun baru-baru ini, siapa sangka gambar pra-perkahwinan satu pasangan kekasih telah bertukar menjadi tragedi buruk selepas mereka merakam foto menggunakan ‘flare’ sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran di kawasan savana atau lebih dikenali Bukit Teletubbies di Gunung Bromo, Indonesia.

Ekoran daripada kejadian itu, seorang lelaki telah ditahan dan akan didakwa kerana telah menyebabkan rumput di tempat tersebut terbakar.

Jika sabit kesalahan suspek yang berusia 40-an itu boleh dihukum penjara sehingga lima tahun serta denda sehingga 1.5 bilion rupiah (RM456,000) jika sabit kesalahan.

Difahamkan, idea untuk menyalakan flare (mercu suar) itu adalah dari lelaki terbabit namun semasa penggambaran dilakukan lokasi itu berada dalam keadaan musim panas serta kering dan ia secara tidak langsung boleh menyebabkan rumput di kawasan tersebut mudah terbakar.

Ketika kebakarasan pihak terbabit tak berusaha untuk padamkan api

Apa yang lebih mengecewakan, menurut pihak Taman Negara Gunung Bromo semasa kebakaran baru berlaku, kumpulan terbabit langsung tidak cuba untuk memadamkan api tersebut sebaliknya hanya membiarkan ia berlaku.

Ketua polis Probolinggu, Wisnu Wardana memaklumkan individu yang diberkas itu adalah pengurus perancang perkahwinan.

“Dia sebagai orang yang dipertanggung jawab dalam hal ini, malah tidak mempunyai permit khas untuk memasuki kawasan konservasi Gunung Bromo,” ujarnya dipetik BuletinTV3.

Nak masuk ke kawasan terbabit perlu dapatkan kebenaran

Kata Wisnu lagu, bagi memasuki ke kawasan terbabit setiap individu hendaklah mendaftarkan diri dan membuat pembayaran harga permit terlebih dahulu mengikut jenis aktiviti yang ingin dilakukan.

Seseorang itu juga hendaklah memaklumkan setiap peralatan mahupun perkakas yang akan dibawa masuk ke lokasi berkenaan.

“Akibat penggunaan suar itu, sekarang seluas 50 hektar hamparan rumput terbakar,” katanya.

Terdahulu kawasan ini terkenal di kalangan pengunjung dan pendaki kerana ia mempunyai pemandangan yang cantik serta unik.

@buletintv3

Gara-gara mahu gambar pra-perkahwinan cantik dan kreatif. Gambar pra-perkahwinan bertukar tragedi apabila penggambaran tersebut menyebabkan Bukit Teletubbies di taman negara Gunung Bromo di Indonesia terbakar. #buletintv3 #terbakar #praperkahwinan #indonesia

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.