fbpx
Now Reading
Pengantin Di Indonesia Beri Sayur-Sayuran Sebagai ‘Doorgift’ Kahwin [Video]

Pengantin Di Indonesia Beri Sayur-Sayuran Sebagai ‘Doorgift’ Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan para tetamu gembira dengan doorgift tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang ingin berkahwin pasti mempunyai impian untuk mengadakan majlis persandingan seperti yang diimpikan.

Ada yang menginginkan tema seperti garden, tradisional serta banyak lagi. Bukan hanya itu, majlis perkahwinan juga memerlukan banyak perkara untuk difikirkan selain tema seperti makanan, baju kahwin, doorgift serta banyak lagi.

Kebiasaannya untuk doorgift atau sumbangan tuan rumah kepada tetamu yang sudi hadir ke majlis mereka adalah barangan atau makanan.

Pasangan pengantin bagi sayur-sayuran sebagai doorgift majlis kahwin

Ada yang akan memberi kek, kipas, telur rebus serta banyak lagi. Namun berbeza dengan pasangan dari Indonesia ini apabila mereka tampil dengan memberikan sayur-sayuran sebagai doorgift kepada tetamu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @kamaniya.organizer di TikTok, kelihatan pasangan pengantin itu telah menyediakan beberapa jenis sayur untuk para tetamu apabila pulang daripada majlis mereka.

Pelbagai sayur-sayuran disediakan

Antara sayur yang disediakan adalah salad, terung, sawi, kacang panjang serta banyak lagi.

Sejujurnya idea untuk menjadikan sayur-sayuran sebagai doorgift buat tetamu adalah sesuatu yang luar kotak namun bernas memandangkan ia adalah barangan makanan yang diperlukan oleh tetamu.

Malah turut dapat dilihat para tetamu yang hadir seronok memilih sayur-sayuran yang disukai mereka.

Tetamu turut penuhkan beg plastik disediakan dengan sayur-sayuran

Apa yang menarik beg plastik yang disediakan untuk mengisi sayur-sayuran juga dilihat penuh bahkan ada juga yang membawa lebih daripada satu beg plastik kerana tidak cukup untuk mengisi sayuran yang mahu dibawa pulang.

Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir tetamu yang tidak memenuhkan beg plastik mereka dan hanya mengambil sayuran yang disukai sebagai contoh terung dan kacang buncis.

Ramai tertarik dengan idea bagi sayur-sayuran sebagai doorgift

Melihat di ruangan balas, perkongsian video itu telah menjadi perhatian ramai apabila ada yang mengatakan mereka juga mahu melakukan hal yang sama di hari bahagia nanti.

Tidak kurang juga ada yang melakukan perkara yang sama namun menukarkannya kepada bunga dan buah-buahan.

“Kalau boleh nak buat bunga dan buah”

“Inovatif sekali”

“Mesti keluarga pengantin ni tokey sayur atau ada kebun sayur”

“Idea yang bagus”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.