fbpx
Now Reading
Tindakan Caprice Tubuh NGO ‘Munafik Hunter’, Undang Pelbagai Reaksi

Tindakan Caprice Tubuh NGO ‘Munafik Hunter’, Undang Pelbagai Reaksi

Menurut penyanyi dan aktivis itu, penubuhan NGO ini selepas dia menerima lebih daripada 500 aduan berhubung kes jenayah seksual dalam masa 24 jam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila bercakap mengenai jenayah seksual, kebiasaannya mangsa terdiri daripada wanita atau kanak-kanak.

Antara perbuatan yang dikategorikan dalam jenayah ini adalah rogol, sumbang mahram dan komunikasi secara seksual.

Lazimnya, individu yang menjadi mangsa keganasan jenayah seksual ini akan mengalami trauma dan gangguan mental kesan daripada perbuatan individu tidak bertanggungjawab.

Malah, ia juga menyebabkan segelintir mangsa takut untuk tampil ke hadapan dan membuat laporan terhadap pelaku berkenaan.

Caprice Tubuh NGO Munafik Hunter, Terima 500 Aduan Jenayah Seksual

Terpanggil untuk membantu dan membela nasib mangsa-mangsa jenayah seksual, rapper, Ariz Aziz atau lebih dikenali sebagai Caprice telah menubuhkan satu Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Munafik Hunter.

Menurut penyanyi dan aktivis itu, penubuhan NGO ini adalah hasil daripada 500 aduan dan kes jenayah seksual yang diterima dalam masa 24 jam.

“Disebabkan Cap tiba-tiba terima 500 aduan, kes dan pengalaman dalam masa 24 jam, kumpulan kami putuskan untuk tubuhkan NGO,” tulisnya di satu hantaran di Instagram miliknya.

Munafik Hunter Jadi Platform Mangsa Jenayah Seksual Buat Aduan

Tambah Caprice lagi, NGO yang diwujudkan itu bakal menjadi platform bagi individu atau mangsa yang mahu membuat aduan berhubung jenayah seksual.

Malah, mereka yang mahu menjadi sukarelawan juga berpeluang untuk mendaftarkan diri di laman web NGO berkenaan.

Difahamkan, laman web rasmi Munafik Hunter telah tersedia sejak Isnin yang lalu (18 September) khusus buat pengguna yang mahu membuat pendaftaran atau membuat sebarang aduan berkaitan dengan jenayah seksual.

Hasrat Caprice ini nyata disambut baik oleh kebanyakan netizen. Rata-rata mereka memuji penyanyi berkenaan yang sanggup mengambil inisiatif dalam membantu mangsa jenayah seksual menjadi berani dan tampil ke hadapan untuk mendapat keadilan.

Namun, ada juga yang mengecam tindakan Caprice kerana penggunaan perkataan ‘munafik’ yang bagi mereka dirasakan tidak sesuai.

Ini kerana perkataan munafik tersebut membawa maksud yang besar dan mungkin boleh mengelirukan orang ramai.

Tidak kurang juga yang mencadangkan agar Caprice merujuk kepada pakar agama khususnya mufti berhubung penggunaan istilah tersebut sebagai nama NGO baharunya itu.

Kalau Macam Ini Aku Sokong, Ada Proper NGO Untuk Bantu Mangsa

Terbaik Cap! Kasi Kupas & Selongkar

Terbaik Cap! Kalau Boleh Jangan Target Ustaz Je, Target Semua

Yang Lain Semua Bersangka Baik Je

Sekadar Cadangan, Cap Patut Ada Peguam Yang Boleh Bawa Kes Ke Peringkat Tertinggi

Jaga-Jaga, Sedap-Sedap Kita Label Orang Munafik, Takut Kita Termasuk Sama

Kaji Betul-Betul Penggunaan Munafik Hunter Ini, Tak Semestinya Untuk Pak Lebai

Rujuk Mufti Sebelum Buat Keputuasan, Lebih-Lebih Lagi Istilah ‘Munafik’

Buat Kerja Tuhan Ke Nak Menilai Seseoarng Itu Munafik Atau Tak

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.