fbpx
Now Reading
Dua Maut Dalam Nahas Babitkan 6 Kenderaan Di Putrajaya, Lori Gagal Brek Disyaki Jadi Punca [Video]

Dua Maut Dalam Nahas Babitkan 6 Kenderaan Di Putrajaya, Lori Gagal Brek Disyaki Jadi Punca [Video]

Insiden kemalangan tersebut dipercayai berlaku dari arah IOI City Mall ke Putrajaya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini, tular beberapa gambar dan video yang menunjukkan satu kemalangan berlaku melibatkan beberapa biji kenderaan awam dan motosikal pengiring Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kemalangan dikatakan berlaku di jalan raya dari arah IOI ke Putrajaya sekitar pagi tadi (20 September).

Didakwa motosikal Polis Trafik sedang iring VIP

Menerusi ciapan di akaun X (Twitter) @syazmnnn, kemalangan terbabit melibatkan motosikal pengiring PDRM yang didakwa sedang mengiring VIP.

Pada masa yang sama, turut dikatakan seorang orang awam telah meninggal dunia akibat kemalangan itu.

“Tak sangka benda yang saya selalu terfikir akhirnya berlaku. Konvoi menteri dan kenderaan-kenderaan awam kemalangan dari arah IOI ke Putrajaya.

“Katanya ada seorang orang awam meninggal dunia. Semoga Allah SWT permudahkan urusan semua orang yang terlibat,” ciapnya.

Menerusi beberapa lagi video yang dimuat naik, kelihatan beberapa buah kenderaan awam serta motosikal polis dalam keadaan remuk.

Turut kelihatan seorang mangsa kemalangan sedang terbaring di atas jalan raya berkenaan.

Lori dari arah belakang gagal berhenti sebelum merempuh

Menerusi satu rakaman yang dikongsikan di akaun X @localrkyt, kelihatan sebuah lori yang datang dari arah belakang laluan terbabit gagal berhenti sebelum merempuh beberapa buah kenderaan lain dan motosikal pengiring polis.

Malah rakaman ‘dashcam’ dari sebuah kenderaan di lokasi kejadian turut memaparkan lori tersebut memandu laju sebelum merempuh kenderaan di hadapanya.

JBPM Putrajaya sahkan dua mangsa terkorban di lokasi kejadian

Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya, terdapat dua mangsa kemalangan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Selain itu, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 dan Presint 14 bersama sebuah Light Fire Rescue Tender (FRT) serta sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kemalangan sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.24 pagi tadi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi di lokasi kejadian, terdapat kemalangan jalan raya melibatkan dua lori, dua kereta sedan dan dua motosikal.

“Seramai sembilan mangsa terlibat dan dua (daripadanya) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh (pegawai perubatan) Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dipetik Buletin TV3.

Selain itu, tiada sebarang pengesahan yang mengatakan konvoi tersebut melibatkan mana-mana orang kenamaan atau menteri.

Sebarang maklumat tambahan akan dikemaskini lagi dari masa ke semasa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.