Lelaki Hampir Maut Ditikam Isteri Selepas Minta Izin Nak Jadikan ‘Caddy’ Golf Perempuan Simpanan

Kebanyakan wanita yang bergelar isteri pasti tidak mahu diduakan oleh suami.

Malah jika ia terjadi dalam sesebuah perkahwinan pasti perkara itu akan menimbulkan masalah rumah tangga yang besar.

Jika tidak diatasi dengan bijak isu ini juga boleh menyebabkan berlakunya penceraian antara suami dan isteri.

Lelaki Thailand hampir maut lepas minta izin isteri untuk jadikan kedi golf sebagai perempuan simpanan

Baru-baru ini, seorang lelaki di Thailand berdepan detik cemas dan nyaris maut selepas ditikam oleh isterinya sebanyak tiga kali di Chon Buri.

Perkara itu berlaku selepas lelaki berkenaan meminta izin dari isterinya untuk menjadikan seorang caddy (kedi) Golf sebagai wanita simpanannya.

Ekoran daripada kejadian itu, pegawai daripada Balai Polis Don Hua Lor pada 28 September telah berkunjung ke sebuah bilik sewa di Mueang Chon Buri bagi menyelamatkan lelaki berkenaan yang juga pemain golf dikenali sebagai Rachain.

Ditikam sebanyak tiga kali selain alami luka di beberapa bahagian

Dia yang berusia 36 tahun itu kemudian ditemui dengan tiga tikaman, luka di lengan, belakang serta perutnya. Malah dia juga kelihatan terpinga-pinga mungkin kerana mabuk.

Polis kemudian menyoal Rachain berhubung serangan tersebut dan dia mengakui perkara itu dilakukan oleh isterinya yang marah.

Isteri marah lepas suami beritahu nak jadikan caddy golf perempuan simpanan

Pemain golf itu menjelaskan isterinya itu marah selepas dia meluahkan hasrat untuk mengambil caddy golf tersebut sebagai perempuan simpanan.

Isteri kepada Rachain lalu menikam pemain golf berkenaan sebelum beredar dari tempat kejadian.

Tak mahu ambil sebarang tindakan undang-undang terhadap isteri

Walau bagaimanpun, apabila ditanya adakah dia ingin mengambil tindakan atas perbuatan wanita terbabit, Rachain menegaskan dia memaafkan isterinya, lapor The Thaiger.

Pasukan penyelamat dari Trai Kunna Dham tidak lama selepas itu datang ke tempat kejadian dan memberikan pertolongan cemas kepada Rachain sebelum membawa lelaki itu ke Hospital Chon Buri.

Sebelum ini, turut berlaku satu kejadian cemburu yang membabitkan caddy golf pada Jun lalu.

Kejadian yang berlaku di padang golf Kanchanaburi telah menjadi lokasi tragis apabila seorang lelaki Thailand yang cemburu telah bertindak menembak seorang pemain golf dan kekasihnya yang bekerja sebagai caddy di kawasan tersebut.

Motif perkara itu dilakukan kerana penyerang percaya pemain golf itu mempunyai hubungan sulit dengan kekasihnya.

Meskipun, caddy tersebut terselamat daripada serangan tersebut namun pemain golf itu dilaporkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

8 mins ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

42 mins ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

1 hour ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 hours ago
  • Trending

Kucing Milik Pengasas Bawal Exclusive Sambut Hari Jadi Di Butik Louis Vuitton Raih Perhatian Ramai [Video]

Jelas Haliza, Money merupakan kucing pertama yang dijemput oleh Louis Vuitton bagi meraikan hari jadi…

5 hours ago
  • Trending

Ibu ‘Join’ Anak Menari Lagu Nirmala Atas Pentas Di Sekolah Buat Ramai Teruja [Video]

Aida turut berharap momen menari bersama-sama di atas pentas itu akan menjadi kenangan paling manis…

6 hours ago