fbpx
Now Reading
Prank Makan Diri, YouTuber Ditembak Penghantar Makanan [Video]

Prank Makan Diri, YouTuber Ditembak Penghantar Makanan [Video]

Walau bagaimanapun, juri berpecah pendapat mengenai dua tuduhan lain dan memutuskan untuk menyabitkan Cook dengan satu tuduhan sementara membebaskan dia daripada tuduhan yang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, tindakan seorang YouTuber yang sedang melakukan konten ‘prank’ di jalanan berakhir dengan tragedi hitam dalam hidupnya.

YouTuber daripada Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai Tanner Cook dilaporkan ditembak oleh seorang penghantar makanan di pusat beli-belah Dulles Town Center, Virginia pada 2 April lalu.

Cook dan rakannya dekati Colie untuk prank

Menerusi rakaman yang sohor di media sosial, kelihatan Cook yang mengendali saluran YouTube Classified Goons bersama rakannya mengganggu lelaki terbabit dengan menghampirinya sambil menghalakan telefon pintar yang memperdengarkan suara Artificial Intelligence (AI) daripada Google Translate.

Lelaki terbabit yang terkejut dan tidak selesa bagaimanapun menjauhkan diri dari Cook bahkan beberapa kali meyebut perkataan ‘tidak’ dan ‘berhenti’ kepada YouTuber itu.

Takut dengan provokasi berterusan dari Cook, penghantar makanan itu kemudian lantas mengeluarkan pistolnya lalu menembaknya secara dekat di bahagian bawah dada sekaligus menimbulkan suasan panik di dalam pusat beli-belah tersebut.

Susulan kejadian itu, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Alan Colie berusia 31 tahun telah ditahan polis dan dihadapkan ke mahkamah.

Juri dapati Colie tidak bersalah dan bebaskan daripada tuduhan utama mencederakan

Namun juri pada Khamis lalu (28 September) mendapati Colie tidak bersalah dan membebaskannya daripada tuduhan utama iaitu mencederakan dengan niat jahat, lapor NBC News.

Walau bagaimanapun, juri berbeza pendapat mengenai dua tuduhan lain dengan memutuskan untuk menyabitkan penghantar makanan itu dengan satu tuduhan manakala dilepaskan untuk satu lagi pertuduhan.

Colie mengaku tidak bersalah dan bertindak demikian untuk pertahankan diri

Semasa perbicaraan di mahkamah, Colie mengaku tidak bersalah dan berkata dia bertindak demikian kerana ingin mempertahankan diri.

Peguam yang mewakili Colie, Adam Pouilliard berkata hukuman atas tuduhan senjata api adalah tidak konsisten dengan undang-undang dan ingin anak guamnya dibebaskan kerana alasan pembelaan diri.

Bagaimanapun, Colie yang telah ditahan sejak penangkapannya pada bulan April lalu akan terus ditahan.

Sementara itu, Cook yang terselamat daripada terkena tembakan Colie berkata dia akan terus membuat video prank memandangkan pemuda berumur 21 tahun itu menjana pendapatan sekitar AS$2,000 hingga AS$3,000 bagi setiap bulan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.